Kenyataan YAB Perdana Menteri semasa ucapan beliau di Kuala Langat yang mendedahkan 3 nilai buruk pembangkang
iaitu tidak perlu menunaikan janji, tidak perlu membayar hutang dan tidak perlu
menghargai budi sememangnya benar.
Hal ini kerana 3 nilai yang dicanang oleh pembangkang ini merupakan amat
bertentangan dengan ajaran agama Islam. Misalnya nilai pertama iaitu tidak
perlu menunaikan janji, kita amat mengetahui bahawa golongan yang tidak
menunaikan janji adalah termasuk dalam golongan orang munafik. Apabila pihak
pembangkang menyatakan bahawa janji itu tidak perlu ditunaikan maka sebenarnya
mereka menyeru orang untuk tergolong dalam golongan orang munafik. Nilai buruk
kedua pula ialah tidak perlu membayar hutang. Saya kira ini adalah terlalu
hina, kita mengetahui bahawa orang yang sudah meninggal sekalipun hutangnya
perlu diselesaikan oleh keluarganya. Hal ini golongan yang sengaja tidak mahu
membayar hutang ini akan terseksa hingga nyawa di ambil Tuhan. Seterusnya pihak
pembangkang mengajar rakyat agar tidak perlu mengenang budi. Hal ini saya kira
adalah sangat buruk, kerana kita tahu mana-mana agama sekali pun mengajar agar
sekecil-kecil budi itu perlu dikenang. Maka apatah lagi budi kerajaan yang
memerintah Negara dengan aman damai, menyalurkan pelbagai program dan bantuan
kepada masyarakat.
Jika diteliti semua sifat buruk
tersebut bertentangan dengan nilai-nilai murni dan ajaran agama Islam yang
suci. Inilah sebenarnya kerja-kerja pemimpin pembangkang, mereka sanggup
mengetepikan ajaran Islam semata-mata kerana mahu menghasut rakyat supaya
membenci kerajaan yang sudah terlalu banyak berjasa kepada rakyat.
Saya menyeru agar rakyat tidak
terikut-ikut dan terpengaruh dengan 3 nilai buruk pembangkang ini kerana bukan
agama Islam sahaja yang menyeru penganutnya mengamalkan nilai-nilai murni
tetapi juga semua agama menyeru penganutnya mengamalkan nilai-nilai baik.
Pemimpin pembangkang terlalu
terdesak kerana tidak ada lagi modal mahu memfitnah kerajaan sehingga menghasut
rakyat mengamalkan nilai-nilai buruk sebegini.
Rosnah ARS