Pages

Saturday 6 October 2012



Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

Alhamdulilah hari ini saya diberi kesihatan yang baik menghadiri beberapa program di kawasan. Pagi tadi saya merasmikan Majlis Sambutan Hari Warga SMK Benoni Papar anjuran PIBG SMK Benoni Papar.

Kemudian di sebelah petang pula saya menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Osindak -IT 2.0 bagi Daerah Papar. Bengkel ini merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat bagi memastikan semua lapisan rakyat dapat mempelajari ICT dan menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Baru sebentar tadi pula saya dijemput merasmikan Majlis Sambutan Hari Malaysia yang ke-49 peringkat Kg. Benoni bagi tahun 2012 yang bertemakan “Janji Ditepati, Rakyat Sejahtera” anjuran ahli Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO serta warga penduduk Kg Benoni. Program tersebut adalah bertujuan untuk menyemai rasa menghargai tanah air yang telah diwariskan dalam keadaan yang aman dan makmur serta memberi kesejahteraan kepada penduduknya yang terdiri daripada berbilang kaum. InsyaAllah.

InsyaAllah, esok saya akan menyampaikan Komputer Riba 1Malaysia di Dewan Masyarakat Papar. 

Mudah-mudahan esok kita semua diberi kesihatan yang baik.

“Hanya mereka yang cekal hati sahaja dapat membina mercu tanda berjaya”

Rosnah ARS


Friday 5 October 2012



Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulilah hari ini masih diberi peluang untuk bernafas oleh Maha Pengasih dan masih diberi kudrat menabur bakti serta menjalankan amanah yang diberi.

Pagi tadi saya merasmikan Hari Bersama Pelanggan Hospital Ampang yang bertemakan ‘My Health, My life, My Choice’ . Program tersebut merupakan salah satu usaha dalam memberi peluang kepada orang ramai mengetahui perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital Ampang  serta dapat mewujudkan kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan pelanggan. Selain dari itu, dapat mengeratkan lagi hubungan  Hospital Ampang dengan masyarakat.  Tahniah diucapkan kepada Hospital Ampang.





Kemudian di sebelah petang tadi, saya menyempurnakan Closing Ceremony Of International Conference Of Asia’s Political Parties di PWTC. Program yang dihadiri oleh Delegasi dari seluruh Asia ini membawa objektif untuk meningkatkan pengaruh ahli politik muda dalam proses integrasi serantau di Asia dan menyediakan peluang untuk ahli politik muda rantau Asia bagi memperoleh pengetahuan yang lebih besar serta penghargaan terhadap sistem politik melalui penyertaan aktif dalam urusan politik.




InsyaAllah, esok saya akan menghadiri beberapa program di kawasan. Semoga esok kita semua diberi kesihatan yang baik untuk menjalani hari.


“Rezeki itu milik Maha Pengasih, maka rezeki itu adalah ketentuanNya. Tidak ada seorang pun hambaNya mampu melawan kuasa dan takdirNya”



Rosnah ARS.

Wednesday 3 October 2012

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulilah hari ini saya masih diberi kesihatan yang baik untuk terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab. 

Pagi tadi saya merasmikan sebuah program di Institut Pengurusan Kesihatan,Kuala Lumpur iaitu Asia Pacific Emergency & Disaster Nursing Network. Program ini merupakan sebuah program yang bertujuan meningkatkan profesion kejururawatan yang berkaitan dengan kecemasan dan bencana. Kemudian saya kembali ke Parlimen untuk menghadiri perbahasan.

Semoga esok kita semua terus diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalankan amanah yang diberi.InsyaAllah.



'Positif setiap hari,bersyukur terhadap setiap kurniaanNya, jadikan setiap hari lebih baik dari sebelumnya'

Rosnah ARS




Tuesday 2 October 2012

Wear It Pink - Kempen Kesedaran Kanser Payudara

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

          Hari ini jadual saya agak padat. Semalam seharian di Parlimen menjawab beberapa soalan. Hari ini sebelah pagi saya berada di Parlimen dan kemudian merasmikan program  ‘Wear It Pink’ iaitu sebuah program kempen kesedaran tentang kanser payudara di Hospital Pantai.

          Kempen ini merupakan usaha bagi meningkatkan kesedaran mengenai Kanser Payudara dalam kalangan masyarakat melalui pendidikan kesihatan, pencegahan, diagnosis peringkat awal dan rawatan yang berkesan. Ia juga menjadi platform inovatif untuk meneruskan usaha bagi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat. Tahniah saya ucapkan atas usaha pihak penganjur dan semoga kempen ini berjaya.



Rosnah ARS

Monday 1 October 2012

BN Pilihan Orang Muda


Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia


          Beberapa hari ini agak sibuk menghadiri beberapa program. Semalam saya ke Pulau Pinang menghadiri perasmian BN Pilihan Orang Muda Pulau Pinang. Alhamdulilah, saya merasa amat bersyukur dan bangga melihat sokongan orang muda terhadap Barisan Nasional di Pulau Pinang. Jumlah orang muda yang hadir pada program tersebut membuktikan bahawa BN sememangnya pilihan orang muda. Tambahan lagi bajet 2013 yang baru dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri banyak manfaatnya kepada orang muda. Terima kasih atas sokongan orang muda terhadap Barisan Nasional. Teruskan sokongan anda.






Rosnah ARS