Assalammualaikum,Salam
1Malaysia dan Salam Aidilfitri untuk semua.
Hari ini 25 Ogos 2012
bersamaan 7 Syawal 1433. Dalam kemeriahan Aidilfitri hari ini kita turut
menyambut Hari Wanita Kebangsaan. Sambutan Hari Wanita yang diadakan adalah
bagi mencerminkan komitmen dan keikhlasan kerajaan mengiktiraf sumbangan
penting golongan wanita dalam pembangunan negara.
Golongan wanita ini
merupakan golongan penting sebagai aset Negara. Peranan wanita dalam
pembangunan Negara memang tidak dinafikan lagi. Di Malaysia, kerajaan
mengiktiraf dan amat menghargai peranan wanita. Kerajaan menganggap “isu
wanita” bukan sebagai isu gender semata-mata tetapi sebagai isu keadilan
sosial.
Hari ini juga di
Malaysia golongan wanita sudah mampu bersaing dan seiring dengan golongan
lelaki dalam pelbagai bidang. Dalam setiap bidang, pasti ada tokoh wanita yang
kita segani.
Oleh itu, sempena
Hari Wanita Kebangsaan tahun ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari
Wanita. Terima kasih atas jasa kalian!
Rosnah ARS.