Pages

Tuesday 25 December 2012

Cabar Muslimah PAS

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

Siang tadi, saya mengecam kenyataan Lim Guan Eng yang mahu kalimah Allah digunakan dalam bible Melayu. Kemudian saya menanti-nanti juga pendirian pemimpin parti PAS atas kenyataan Setiausaha Agung DAP itu, tapi sayangnya tidak ada pemimpin PAS yang berani menyatakan pendirian mereka berhubung isu ini.

Oleh itu saya cabar pemimpin Muslimah PAS menyatakan pendirian mereka berhubung isu ini. Mereka harus menyatakan pendirian mereka dengan telus dan jelas. Jika mereka hanya diam, saya kira itu tindakan tidak bertanggungjawab.

Rosnah ARS

Kecaman terhadap kenyataan Lim Guan Eng

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

Semalam, Setiausaha Agung DAP dengan berani membuat kenyataan yang mendesak agar kalimah Allah digunakan dalam kitab bible versi Bahasa Malaysia. Saya melihat tindakan beliau adalah sangat tidak wajar. Tindakan beliau ini hanyalah mahu mencari publisiti murahan. Kenyataan beliau ini saya lihat sebagai ofensif dan provokasi serta mungkin menggugat keamanan yang sedia ada di negara ini jika gagal dikawal. Apatah lagi kenyataan ini ditimbulkan menjelang Hari Natal.

          Saya kira beliau memang sengaja menimbulkan semula isu ini dalam kalangan orang Kristian agar orang-orang Melayu yang refleks kepada UMNO membantah dan menyebabkan persepsi masyarakat Kristian serong kepada Kerajaan dan menambahkan sokongan kepada DAP. Saya kira ini merupakan taktik murahan untuk meraih undi. Kita sedia maklum, penghakiman mengenai isu ini pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan ‘Allah’ adalah salah di sisi undang-undang.

          Apabila beliau menimbulkan perkara ini sekarang sama sahaja beliau tidak menghormati undang-undang Negara. Malah sebenarnya, penganut agama Kristian di Negara kita ini maklum akan perkara ini dan menghormati keputusan mahkamah serta kemaslahatan agama Islam.

          Guan Eng seharusnya membangkitkan isu melibatkan kepentingan umum dan keadilan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) daripada isu sensitif seperti ini. Tindakan ini hanyalah taktik beliau untuk menghuru-harakan Negara dan memecah belahkan rakyat Malaysia yang sememang menghormati agama dan budaya satu sama lain.

          Saya berharap tindakan sewajarnya di amnil ke atas beliau kerana kenyataan beliau ini sememangnya boleh mengancam keamanan Negara. Saya yakin dan percaya rakyat cukup rasional untuk melihat dan menilai tindakan buruk beliau ini.


Selamat Hari Natal untuk penganut agama kristian seluruh Malaysia. Saya yakin dan pasti walau kita berlainan bangsa dan agama,kita tetap bersyukur hidup dalam aman dan sejahtera menghormati satu sama lain tanpa mengganggu sensetiviti sesiapa. Supaya keamanan ini kekal dalam kebersamaan kita semua kerana perpaduan adalah milik kita.

Rosnah ARS