Assalammualaikum WBT dan Salam 1Malaysia
Baru - baru ini kita dihidangkan dengan kajian yang dilakukan oleh
Merdeka Centre menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap YAB Perdana Menteri
semakin meningkat sebanyak 37 peratus pada bulan Mei dan 42 peratus pada bulan
Jun tetapi bukan sokongan terhadap Barisan Nasional yang peratusannya dibawah
40 peratus. Kajian ini seolah - olah digembar gemburkan sebagai betapa rakyat
Malaysia berbangsa Cina tidak memberi sokongan terhadap Barisan Nasional. Namun
begitu, saya melihat situasi ini sebagai fenomena bahawa rakyat sudah matang.
Mereka ada persepsi sendiri. Mereka nilai kedua-duanya. Mereka nilai pemimpin
dan mereka menilai parti. Kerana demokrasi yang terpimpin dibina dari pemimpin
yang bijak, parti yang kukuh dan rakyat yang matang.
Kajian dari MERDEKA
CENTRE adalah satu persepsi
masyarakat. Saya tidak kata salah tapi persepsi dan kepercayaan itu berbeza.
Apa yang lahir dari persepsi masyarakat kadang-kadang lahir dari persekitaran
politik dan permainannya. Malangnya hari ini persepsi dibina dari budaya
politik yang suka membunuh karakter orang lain tanpa ada asas dan bukti. Mereka
mungkin berjaya membunuh karakter BN, tetapi pembangkang tidak mampu membunuh
karektor Datuk Sri Najib yang kuat dan kukuh serta dekat dengan rakyat.
BN akan terus bekerja dan menyumbang kepada rakyat. Itu
tanggungjawab kita. Kita bukan pembangkang yang hanya suka membina persepsi
rakyat. Kita boleh memperbetulkan persepsi rakyat selepas difitnah oleh
pembangkang, tetapi BN tahu itu semua buat kita hilang fokus pada tanggungjawab
membela dan menepati janji kepada rakyat. Hal ini kerana pada akhirnya, kita percaya
persepsi tidak akan kemana-mana dan ia mudah untuk berubah.
BN berkerja bukan untuk bina persepsi tetapi untuk membina rasa
percaya rakyat. Pada akhirnya rakyat akan bijak menilai siapa yang betul-betul
boleh dipercayai atau siapa yang sekadar bekerja untuk memenangi undi popular.
Dan rakyat mempunyai keyakinan yang kuat kepada kepimpinan najib sebab itu undi
beliau meningkat. Dan mereka percaya pada dasar dan pendekatan Najib dan dengan
sendirinya mereka akan membina kepercayaan kepada BN.
Selaku pemimpin di dalam sebuah sayap di dalam UMNO, Pergerakan
Puteri UMNO akan terus bekerja untuk menepati janji kita kepada rakyat atas apa
juga persepsi orang kerana pada akhirnya rakyat yang akan dapat merasa dan
menilai.
Rosnah ARS
No comments:
Post a Comment