SHAH ALAM
– Puteri UMNO memandang positif cadangan pelaksanaan hudud, namun menegaskan ia
perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna.
Ketuanya,
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau melihat desakan pembangkang
dan sesetengah pemimpin Umno yang mahu melaksanakan hudud dengan matlamat
memurnikan akidah umat Islam sebagai langkah yang baik.
“Kita
harus bersedia ke arah kesempurnaan pelaksanaan hudud dan berusaha memberi
kefahaman jelas terhadap masyarakat majmuk di negara ini kerana ia adalah
hukuman yang memiliki banyak cabang.
“Bagaimanapun,
teori dan pelaksanaannya perlu diperhalusi. Kita tidak mahu pelaksanaannya
tidak sempurna kerana ini soal hukum ALLAH SWT,” katanya dalam kenyataan kepada
Sinar Harian, semalam.
Rosnah
diminta mengulas mengenai cadangan Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas yang
bercadang membawa usul menyokong pelaksanaan hudud di negara ini ke persidangan
Umno bahagian itu tidak lama lagi.
Menurutnya,
pelaksanaan hukum hudud tidak perlu dipolitikkan dan dipermainkan demi
kepentingan peribadi.
“Hukum
hudud adalah sebahagian kanun jenayah Islam yang merupakan sebahagian dari
syariat ALLAH. Oleh yang demikian hukum ini wajib dijunjung, diamalkan serta
dipertahankan setiap Muslim dan Muslimat.
“Umat
Islam wajib menyokong tanpa mengira parti dan menjauhi diri dari membuat ulasan
negatif atau memukul gendang sumbang yang membayangkan pelbagai keraguan,” katanya.
Rosnah
berkata, perkara utama yang perlu ditekankan ialah usaha membina semula
keruntuhan akidah.
Sinar
Harian - 13 Julai 2012
No comments:
Post a Comment