Pages

Sunday 16 September 2012

Selamat Hari Malaysia - 49 tahun


Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia
          16 September 1963, Malaysia terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Persekutuan Tanah Melayu bersetuju mendirikan negara yang berdaulat. Pembentukan Malaysia memperkukuhkan cita-cita bersama untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagah, makmur, sejahtera dan dihormati dunia.

          Pembentukan Malaysia menjanjikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia berasaskan prinsip perlembagaan bagi menjamin pengagihan kuasa dan ekonomi yang saksama, adil serta membebaskan rakyat dari penjajahan minda dan jiwa demi mengangkat harga diri rakyat Malaysia.

          Hari ini setelah 49 tahun, kita patut merasa bangga kerana kita adalah kelompok manusia yang sangat bertuah dan unik, kerana berada dalam negara Malaysia yang mengandungi kepelbagaian etnik, yang berasal dari berbagai bangsa ditambah pula dengan kemeriahan etnik yang wujud di Sabah dan Sarawak sejak sekian lama. Kerencaman ini sekiranya diolah dengan baik akan menjadikan negara kita ini sebagai satu kuasa yang hebat, sebaliknya sebarang kesilapan akan membawa padah yang besar. Namun selama 49 tahun di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional kita hidup dalam aman damai dan saksama.

          Bersyukur atas nikmat keamanan dan kedamaian yang kita kecapi dalam kehidupan masyarakat majmuk.

SELAMAT HARI MALAYSIA UNTUK SEMUA!
Rosnah ARS

No comments:

Post a Comment