Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia
Sidang
pembaca yang saya hormati sekalian. Esok merupakan hari kedua bagi umat
Islam untuk menunaikan ibadah berpuasa di
bulan Ramadhan. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa setiap ibadah yang
telah disyariatkan oleh Allah swt mempunyai pelbagai hikmah dan kelebihan
kepada hamba-Nya sendiri dan pelbagai hikmah dapat kita perolehi di dalam
ibadah puasa ini.
Pertama,
Merapatkan diri kita kepada Allah SWT. Di mana Umat Islam dikehendaki untuk
mengawal nafsu makan, minum serta perkara-perkara yang dilarang ketika
berpuasa. Maka ini dapat menyuburkan perasaan tunduk serta patuh kepada Allah
SWT dalam melaksanakan perintahnya. Maka Ketaqwaan ini adalah diantara hikmah
dan nikmat yang diperolehi daripada melaksanakan ibadah puasa.
Kedua, Pembersihan Jiwa. Kita dapati seseorang yang
berada di dalam kekenyangan mudah untuk bersifat malas dan menjadikan mereka
ini lalai dan leka di dalam kehidupan seharian. Maka ibadah puasa yang
disyariatkan ini akan membantu mengawal nafsu mereka, dengan pengawalan nafsu
tersebut maka ia akan menyuburkan sifat-sifat positif yang ada di dalam jiwa
mereka.
Ibadah berpuasa juga mendidik umat islam supaya
lebih bersifat kasih sayang diantara satu sama lain, diantara keluarga dan
masyarakat sekeliling. Ibadah berpuasa mendidik kita agar mengingati mereka
yang hidup di dalam serba kekurangan. Ibadah puasa tidak mengenal erti kaya
atau miskin, di mana setiap umat islam tak kira siapa diwajibkan untuk berpuasa
di bulan ramadhan. Ibadah ini akan menimbulkan sifat kasih sayang di dalam diri
seseorang dan ditambah pula dengan amalan bersedekah serta amal kebajikan yang
lain.
Harapan saya kepada seluruh umat islam di Negara
kita, marilah kita bersama-sama tekun dan tawaduk di dalam menyempurnakan ibadah
puasa di dalam bulan yang mulia ini. Mudah-mudahan kita akan menjadi seorang
hamba Allah yang lebih taat dan bertaqwa.
Dengan ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut
Bulan Ramadhan Al Mubarak, dan Selamat Menunaikan Ibadah Berpuasa .
Rosnah ARS
No comments:
Post a Comment