Assalammualaikum,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Saya tertarik untuk memberi respon
terhadap kenyataan SPR bahawa terdapat 3.6 juta rakyat Malaysia yang telah
layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi. Jumlah yang bukan
sedikit saya kira, malah 60 peratus daripadanya adalah generasi muda. Jumlah
tersebut juga menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia tidak mengambil berat
tentang kepentingan mereka untuk menjadi pengundi serta mengambil mudah urusan
mendaftar dan mengundi. Mereka merasakan bahawa satu undi mereka itu tidak akan
menjejaskan keadaan ataupun mereka berfikir masih ada ramai lagi yang mengundi.
Undi ini adalah soal tanggungjawab
kita kepada Negara,soal menentukan masa depan pemerintahan Negara kita. Hal ini
kerana di Malaysia ini kepimpinan dan pemerintahan ditentukan oleh rakyat iaitu
melalui sistem demokrasi iaitu melalui pelaksanaan sistem
kepartian dan pilihan raya. Dalam soal ini kita semua perlu mengerti bahawa demokrasi
merupakan suatu proses berterusan yang juga memerlukan dokongan semangat setiap
warga, juga sebagai tanggungjawab yang dipikul dan disempurna. Tugas itu akan terhenti apabila seseorang warga
tidak berpartisipasi dalam proses pilihan raya, sebaliknya, membiarkan atau
mengabaikan tanggungjawabnya kepada bahu pihak lain.
Saya yakin dan pasti, 3.6 juta rakyat
Malaysia yang belum berdaftar sebagai pengundi sedar akan tanggungjawab mereka
pada Negara. Saya seru anda semua yang belum mendaftar sebagai pengundi agar
pergilah mendaftar. Undi kalian adalah soal masa depan Negara, masa depan
kalian dan anak cucu kalian.
Rosnah ARS
No comments:
Post a Comment