Assalammualaikum WBT
dan Salam 1Malaysia.
Hari ini tanggal 17
Ramadhan 1433 adalah satu tarikh penting yang perlu diingati dan dihayati oleh
seluruh umat Islam iaitu sempena peristiwa nuzul al-Quran. Saya sekadar mahu
berkongsi mengenai peristiwa ini berdasarkan pembacaan saya.
Peristiwa Nuzul
al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung Muslim
kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah atau zaman kegelapan telah
disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan
hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa.
Peristiwa Nuzul
al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan
Nabi Muhammad SAW perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam.
Al-Quran mengandungi lebih 6,000 ayat adalah himpunan wahyu dan kitab panduan
terakhir daripada Allah, diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun
kepada Rasul-Nya, Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.
Waktu penurunan
al-Quran adalah mengikut perancangan dan ketentuan Ilahi. Sesuai dengan kitab
itu yang sungguh mulia, Allah juga memilih penghulu segala bulan yang terkenal
dengan bulan keampunan, rahmat dan keberkatan iaitu Ramadan untuk
menurunkannya.
Oleh itu, pesanan untuk diri saya sendiri dan kita semua, agar kita dapat menghayati peristiwa Nuzul Al-Quran ini sebagai suatu
peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran
itu sebagai kitab induk panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia
seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam
terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca
al-Quran itu adalah suatu ibadah.
Semoga kita semua mendapat berkat Maha Pengasih.InsyaAllah.
Rosnah ARS.
No comments:
Post a Comment