Assalammualaikum dan
Salam 1Malaysia.
Alhamdulilah
hari ini saya mempunyai sedikit kelapangan untuk menulis sesuatu di sini. Siang
tadi menghadiri beberapa program di kawasan,bertemu dengan masyarakat setempat.
Saya
sebenarnya merasa terpanggil untuk menulis mengenai sikap dan perjuangan kita
kepada parti. Sekarang sedang dalam mood perang pilihanraya, maka ada
sesetengah dari ‘kita’ mulalah mencanang pelbagai cerita dan adu domba untuk
menjatuhkan orang di sini sana. Malah ada yang mencuba mencipta persepsi
sendiri mengenai situasi pengundi di sesetengah tempat demi memburukan pemimpin
di kawasan tersebut kerana hasad dengki dalam jiwa. Hatta sebenarnya ‘mereka’
sendiri tidak pernah tahu situasi tersebut.
Lebih
sedih lagi ‘mereka’ itu sebenarnya entah apa jasa kepada Negara dan Bangsa,
apatah lagi jasa kepada parti,hanya tahu mengutip imbalan budi. Lebih buruk
lagi ‘mereka’ ini penuh dengan sifat keji tiada perkerti.
Saya
berharap golongan seperti ‘mereka’ ini tidak wujud dalam kalangan ahli Puteri,
atau jika mungkin ada semoga dibukakan pintu hati bertaubat pada Ilahi kerana
manusia memang tidak sempurna. Terlalu hina golongan ‘mereka’ ini jika mengaku
berjasa kepada parti.
Saya
menulis ini bukan kerana saya emosi, tetapi sekadar beringat sesama kita sendiri
ahli parti.
Besi berkarat kerana
hujan, Hati berkarat kerana dengki
Semoga Maha Pengasih
memberkati erti perjuangan kita kepada parti,dihindar dari segala hasad dengki.
Rosnah ARS
No comments:
Post a Comment