Pages

Monday, 25 March 2013

Terima Kasih Perwira Negara - Selamat Hari Polis ke-206.


Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

Hari ini merupakan sambutan Hari Polis yang ke-206 sejak ia ditubuhkan pada 1807. Sambutan ini adalah bertujuan menghargai jasa-jasa yang telah ditabur oleh setiap anggota Polis di-Raja Malaysia (PDRM) sejak dahulu sehingga kini. Hatta  memang benar sambutan ini tidak dapat membalas jasa dan pengorbanan anggota polis namun ini adalah tanda pengiktirafan kerajaan dan rakyat terhadap anggota polis.

Sambutan hari Polis kali ini bertemakan ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’. Saya merasakan tema ini amatlah bertepatan kerana PDRM sentiasa penuh dengan komitmen dalam menjalankan tugas mereka, meski pun terpaksa berkorban nyawa dan kehidupan mereka sendiri untuk rakyat negara ini.

Kewujudannya adalah sebelum negara Malaysia mencapai kemerdekaan lagi iaitu ketika mana sebelum timbulnya saat sukar dan genting zaman darurat di Persekutuan Tanah Melayu. Dahulu ianya ibarat suatu penglibatan masyarakat setempat atau penempatan desa dan juga pinggir bandar bagi maksud membantu pihak berkuasa iaitu Federation of Malaya Police, dan tiada istilah khusus mengenainya.

Pihak kolonial ketika itu memanggilnya dengan panggilan Auxiliary Police atau Polis Bantuan. Keanggotaannya ketika itu terdiri daripada masyarakat awam yang sukarela untuk berbakti tanpa menuntut saraan bulanan. Auxiliary Police atau Polis Bantuan dan Polis hari ini adalah dua pertubuhan berbeza dari segi penugasan dan juga pembatasan kuasanya.

Dari dulu hingga kini, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengiktiraf kejayaan pihak PDRM yang berjaya menyelesaikan pelbagai krisis dan jenayah yang pernah melanda dalam negara kita. Tidak kira sejauh mana kritikal satu-satu situasi tersebut, PDRM masih lagi mencuba mencari jalan bagi memastikan krisis tersebut berakhir dengan selamat tanpa berlakunya sebarang pertumpahan darah.

Dari peristiwa Bukit Kepong,tragedy 1969,menentang Japanese Red Army (JRA) atau ‘Tentera Merah Jepun’ 1975,peristiwa Memali 1985,peristiwa Sauk 2000 dan yang paling terbaru insiden pencerobohan di Lahad Datu. Insiden-insiden yang tersenarai di atas menunjukkan betapa anggota polis negara langsung tidak gentar untuk melawan musuh-musuh negara biar pun nyawa mereka terkorban sekali pun. Hal ini kerana, apabila sudah menyandang tanggungjawab bergelar polis, mereka mempunyai satu kesedaran dan perlu untuk mengekalkan keamaan negara yang dikecapi sejak negara mencapai merdeka pada tahun 1957.

Justeru, jawatan sebagai polis merupakan platform sebenar dan amat bernilai untuk memberikan pengajaran kepada orang ramai bahawasanya anggota polis tidak pernah terlepas dari memberikan jasa dan khidmat kepada negara. Malah, masyarakat juga seharusnya mengiktiraf setiap usaha yang ditabur oleh anggota polis.

Al-Fatihah untuk anggota polis yang telah terkorban semasa berjuang untuk mempertahankan keamanan dan kedaulatan Negara. Jasa kalian ulung demi pertiwi.

Selamat Hari Polis ke-206 tahun

Terima kasih Perwira Negara.

Cintai Keamanan , Bersatu Pertahankan Kedaulatan Negara

Rosnah ARS.

No comments:

Post a Comment