Assalammualaikum dan
Salam 1Malaysia
Semalam 03 April
2013, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan
PRU-13 dilaksanakan. Hal ini bermakna dalam tempoh 60 hari ini bila-bila masa
sahaja SPR akan umumkan tarikh mengundi.
Dalam tempoh 4 tahun
pemerintahan YAB Dato’ Seri Najib pelbagai perubahan dan transformasi yang
dibuat demi mensejahtera rakyat. Beliau telah berjaya mentransformasikan negara
dalam pelbagai sudut termasuk undang-undang, ekonomi dan sosial. Malah semua
usaha tersebut jelas menampakkan perubahan dan kesan yang ketara terhadap
rakyat dan negara.
Saya amat berharap
rakyat dapat memilih dengan teliti tanpa emosi. Pilihlah pemimpin yang berbudi,pekerti tingg,menunai janji. Bukan pemimpin yang hanya pandai menabur janji buruk pekerti.
PRU-13 ini bukan
calang-calang juangnya,ia merupakan ibu kepada semua pilihanraya.
Pesan saya untuk
adik-adik jentera Puteri seluruh Malaysia di semua peringkat tidak kira
PDM/Cawangan,Bahagian dan Negeri selamat berjuang. Jalankan tugas kepada parti
sebaik mungkin. Berilah khidmat dan jasa dengan hati ikhlas. Hindari
prasangka,hindari iri hati, bekerjalah dengan sepenuh hati. Perjuangan yang
ikhlas pasti diberkati Maha Mengasihi.
Rosnah ARS
.
No comments:
Post a Comment