Tindakan PAS
mengeluarkan arahan kepada ahlinya supaya menangguhkan niat untuk menunaikan
ibadah haji pada tahun ini saya lihat sebagai tindakan keterlaluan dan tidak wajar. Hal ini kerana,
kita semua iaitu umat Islam tahu ibadat haji yang merupakan rukun Islam adalah
lebih penting dari segalanya. Saya agak pelik kerana sebuah parti yang mengaku
memperjuangkan agama tetapi mengarahkan ahlinya untuk menangguhkan melakukan
ibadah haji yang merupakan rukun. Adakah PAS terlalu jahil untuk menilai
perkara ini sehingga meletakkan kepentingan merebut kuasa itu lebih penting
dari pahala ibadah. Bukankah tuntutan agama adalah yang paling utama.
Selain itu juga, pada pendapat saya adalah
sangat menghairankan apabila tiba-tiba saja PAS mereka-reka cerita mengenai
tarikh bubar Parlimen dan Pilihanraya Umum, sedangkan tiada sebarang asas yang
kukuh untuk mengandaikan cerita itu. Apakah asas mereka untuk meminta ahlinya
menangguhkan niat melakukan ibadah haji atas alasan perlu menumpukan perhatian
pada pilihanraya, sedangkan tidak ada langsung pengumuman daripada YAB Perdana
Menteri tentang tarikh bubar Parlimen dan Pilihanraya Umum. Kemudian pula,
mereka tiba-tiba menuduh Barisan Nasional tidak menghormati musim haji kerana
mengadakan Pilihanraya pada musim tersebut.
Saya melihat tindakan ini adalah
sangat tidak wajar, parti PAS seolah-olah benar-benar terdesak untuk berkuasa
sehingga meletakkan kepentingan mendapat kuasa lebih utama dari ibadah rukun.
Rosnah ARS
No comments:
Post a Comment