Tanggal 27 Rejab merupakan
tanggal bersejarah untuk umat Islam di muka bumi ini. Israk dan Mikraj berlaku
pada 27 Rejab iaitu setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke
Madinah.
Apabila berbicara
tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang
kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh
dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni
perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke
Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah
perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Perjalanan
Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah
Al-Isra' ayat 1. Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa
dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Menariknya,
keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.
Saya kurang arif
untuk mengupas lanjut tentang peristiwa Israk Mikraj ini, tetapi saya pasti
sempena 27 Rejab ini pasti ada kuliah mengenainya di masjid dan surau di
kawasan tempat tinggal kita.
Cuma, bagi saya
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang
diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk
kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani
perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan
Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran
seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T
dan takut kepada kekuasaan-Nya. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
Wallahu a’lam bish
shawabi.
Rosnah ARS.
No comments:
Post a Comment