Thursday, 21 June 2012


Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Hari ini 21 Jun 2012 bersamaan dengan 1 Syaban 1433 Hijrah. Hal ini bermakna lebih kurang sebulan lagi kita akan bertemu bulan Ramadhan.

Bulan Syaaban ini dikatakan bulan persediaan kita sebagai umat Islam menghadapi bulan Ramadhan. Bulan ini banyak fadhilat dan berkatnya. 

Seperti dalam Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.”

Semoga kita semua mendapat berkat di bulan Syaaban ini dan dipanjangkan umur bertemu Ramadhan. InsyaAllah.

Rosnah ARS.

Tuesday, 19 June 2012

19 Jun

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Hari ini 19 Jun 2012, hari ini hari lahir arwah daddy saya yang ke 86 tahun. Rindunya pada daddy Allah sahaja yang tahu.

Daddy adalah lelaki yang paling berjasa dalam hidup saya, insan yang sentiasa mencuba melakukan terbaik untuk  anak-anak dan keluarganya.

Semoga ruh daddy dicucuri rahmat. Al-fatihah untuk daddy di sana.

Rosnah ARS.