Saturday, 4 August 2012

11 tahun Pergerakan Puteri UMNO

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulilah..hari ini kita sudah berada di 15 Ramadhan 1433 hijrah, kita sudah berada dipertengahan.Semoga kita semua terus diberi keberkatan dan menjalani ibadah bulan ramadhan ini.

Semalam 14 Ramadhan 1433 bersamaan 3 Ogos 2012, genap usia 11 tahun usia Pergerakan Puteri UMNO. Jika anak berusia 11 tahun dia sudah berada di darjah 5, jika anak perempuan sudah boleh dipanggil anak dara sunti.

Usia 11 tahun ini bukan mudah untuk Pergerakan Puteri. Sudah 11 tahun Pergerakan ini berkorban berjuang untuk bangsa Melayu. Sudah merasa jatuh bangun, dikeji dan diherdik.Syukurlah, rahmat dan redha Allah tidak pernah putus mengiringi perjuangan Pergerakan ini. Dan perkara yang saya paling percaya Pergerakan ini sudah cukup matang berjuang untuk bangsa.

Pesan saya untuk adik-adik Puteri, tetaplah tegar berjuang untuk bangsa. Jangan sesekali mengalah pada yang namanya ujian dan kritikan. Teguhlah pendirian, jangan sampai perjuangan kita boleh dijual beli. Elakkan sengketa sesama sendiri.

Semoga perjuangan kita semua diberkati Maha Mengasihi. InsyaAllah.

Rosnah ARS

Tuesday, 31 July 2012

Kajian oleh Merdeka Centre


Assalammualaikum WBT dan Salam 1Malaysia

Baru - baru ini kita dihidangkan dengan kajian yang dilakukan oleh Merdeka Centre menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap YAB Perdana Menteri semakin meningkat sebanyak 37 peratus pada bulan Mei dan 42 peratus pada bulan Jun tetapi bukan sokongan terhadap Barisan Nasional yang peratusannya dibawah 40 peratus. Kajian ini seolah - olah digembar gemburkan sebagai betapa rakyat Malaysia berbangsa Cina tidak memberi sokongan terhadap Barisan Nasional. Namun begitu, saya melihat situasi ini sebagai fenomena bahawa rakyat sudah matang. Mereka ada persepsi sendiri. Mereka nilai kedua-duanya. Mereka nilai pemimpin dan mereka menilai parti. Kerana demokrasi yang terpimpin dibina dari pemimpin yang bijak, parti yang kukuh dan rakyat yang matang.

Kajian dari MERDEKA CENTRE adalah satu persepsi masyarakat. Saya tidak kata salah tapi persepsi dan kepercayaan itu berbeza. Apa yang lahir dari persepsi masyarakat kadang-kadang lahir dari persekitaran politik dan permainannya. Malangnya hari ini persepsi dibina dari budaya politik yang suka membunuh karakter orang lain tanpa ada asas dan bukti. Mereka mungkin berjaya membunuh karakter BN, tetapi pembangkang tidak mampu membunuh karektor Datuk Sri Najib yang kuat dan kukuh serta dekat dengan rakyat.

BN akan terus bekerja dan menyumbang kepada rakyat. Itu tanggungjawab kita. Kita bukan pembangkang yang hanya suka membina persepsi rakyat. Kita boleh memperbetulkan persepsi rakyat selepas difitnah oleh pembangkang, tetapi BN tahu itu semua buat kita hilang fokus pada tanggungjawab membela dan menepati janji kepada rakyat. Hal ini kerana pada akhirnya, kita percaya persepsi tidak akan kemana-mana dan ia mudah untuk berubah. 

BN berkerja bukan untuk bina persepsi tetapi untuk membina rasa percaya rakyat. Pada akhirnya rakyat akan bijak menilai siapa yang betul-betul boleh dipercayai atau siapa yang sekadar bekerja untuk memenangi undi popular. Dan rakyat mempunyai keyakinan yang kuat kepada kepimpinan najib sebab itu undi beliau meningkat. Dan mereka percaya pada dasar dan pendekatan Najib dan dengan sendirinya mereka akan membina kepercayaan kepada BN.

Selaku pemimpin di dalam sebuah sayap di dalam UMNO, Pergerakan Puteri UMNO akan terus bekerja untuk menepati janji kita kepada rakyat atas apa juga persepsi orang kerana pada akhirnya rakyat yang akan dapat merasa dan menilai.


Rosnah ARS

Perletakan Jawatan Dato’ Lajim dan Dato’ Wilfred Bumburing

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

Alhamdulilah hari ini kita sudah berada di 11 Ramadhan 1433 Hijrah,kita sudah hampir ke pertengahan ramadhan. Beberapa hari ini kesihatan saya kurang baik. Tetapi hari ini alhamdulilah saya merasa lebih baik.

Beberapa hari ini juga kita dihadapkan dengan berita politik mengenai perletakan jawatan dua orang pemimpin di Sabah. Sebagai salah seorang pemimpin di Sabah saya merasakan tindakan Dato’ Lajim ke atas perletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beufort dan Pengerusi Barisan Nasional Beufort sebagai tindakan yang dibuat atas kepentingan diri sendiri. 


Alasan beliau yang kononnya meletakan jawatan demi kepentingan rakyat Sabah adalah propaganda semata-mata. Hal ini kerana jika benar untuk rakyat Sabah, mengapa selama berpuluh tahun memegang jawatan tidak berjuang habis-habisan utk rakyat Sabah, hanya selepas keluar baru lah mahu bercakap tentang perjuangan untuk rakyat. Sedangkan semasa beliau dalam kapasiti memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri malah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan terdapat banyak perkara yang beliau boleh dilakukan untuk rakyat Sabah, malangnya semasa memegang jawatan tersebut beliau tidak pernah suarakan apa-apa untuk rakyat Sabah. Beliau sebenarnya tidak mampu menafikan terdapat sangat banyak perubahan dan kemajuan yang dibawa oleh Barisan Nasional terhadap Negeri Sabah.


Saya juga melihat pengumuman dan perletakan jawatan oleh Lajim Ukin ini sebenarnya tidak mendatangkan kesan yang besar kepada parti dan kerajaan kerana Sabah mempunyai barisan pemimpin yang  mantap dan bersiap sedia untuk mengganti sebarang pemimpin yang tersasar daripada perjuangan. Malah sebenarnya kita berasa lega kerana pemimpin yang tidak mempunyai jati diri dan perjuangan yang kukuh ini dengan rela hati mengundurkan diri dari parti. UMNO tidak kurang apa-apa atas perletakan jawatan beliau.

          Namun, tindakan beliau yang tidak mahu meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan alasan menyerahkannya kepada YAB Perdana Menteri saya sifatkan sebagai tindakan orang pengecut. Tindakan ini sebenarnya adalah kerana mahu meraih populariti agar beliau diberi perhatian oleh media dan masyarakat. Apabila sudah letak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Beufort, maka sudah pasti beliau tidak yakin dengan parti. Jika beliau benar-benar berani dan sememangnya jelas mengenai pendirian perjuangan beliau maka beliau perlu lepaskan jawatan dalam kerajaan dan keluar dari UMNO tanpa perlu menunggu keputusan YAB Perdana Menteri dan Majlis Tertinggi.

          Mengenai tindakan Dato’ Wilfred Bumburing yang mengikut jejak langkah Dato’ Lajim ini juga saya sifatkan sebagai pengkhianat dan mementingkan diri sendiri. Malah alasan beliau yang dipaparkan di dalam blog-blog bahawa perletakan jawatan beliau adalah kerana tidak boleh menerima pentadbiran BN Sabah dan tidak berpuas hati dengan pentadbiran pusat adalah alasan remeh. Hal ini kerana sebagai seorang pemimpin besar di dalam parti beliau sepatutnya sama-sama menyelesaikan masalah tersebut, bukannya mengambil tindakan meletakan jawatan dan menubuhkan parti lain serta menyertai parti lawan. Namun, tidak kira Barisan Nasional Pusat atau Barisan Nasional Sabah tetap akan kuat tanpa beliau, pemimpin seperti beliau yang lari dari masalah adalah pemimpin yang penakut dengan cabaran. Saya tidak melihat perletakan jawatan beliau di Tuaran akan memberi impak besar terhadap kedudukan BN di Tuaran mahu pun Sabah. Hal ini kerana rakyat Sabah cukup matang dan bijak untuk membezakan pemimpin yang ikhlas berjuang demi rakyat atau kepentingan dirinya sendiri.


Semoga kita semua ditetapkan hati dalam berjuang demi agama, bangsa dan Negara. InsyaAllah.

Rosnah ARS.