Pages

Friday 25 January 2013

Cinta Rasul


Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

Alhamdulilah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah. Semalam kita telah menjalani hari yang cukup bersejarah,hari yang amat bermakna kepada kehidupan kita sebagai umat Muhammad s.a.w, iaitu hari kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w. pada 12 Rabiul Awal. Ia menjadi sungguh bermakna kerana pada 51 tahun sebelum Hijrah, lahirlah seorang insan teramat istimewa yang kemudiannya diangkat menjadi Rasul iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk membawa cahaya rahmat dan menunjukkan siratulmustaqim kepada kita semua, lantas terpadamnya api mahligai Kisra dan kering kontang air Tasik Sava.

Saya yakin dan pasti di seluruh Malaysia,di kebanyakkan masjid mengadakan Sambutan Maulidurasul. Sebagai sebuah negara Islam, Kerajaan menjadikan tarikh ini cuti umum. Sambutan ini lazimnya bermula selepas waktu syuruk dengan perhimpunan dan perarakan beramai-ramai sambil melaungkan selawat dan salam ke atas Baginda. Perarakan berakhir dengan berhimpun di masjid-masjid bagi mendengar tazkirah dan ceramah. Majlis habis pertengahan pagi dan kita semua pulang dengan penuh keinsafan dan kebanggaan sebagai seorang Muslim yang tawadhu. Alhamdulillahi rabbil alamin, kita telah berjaya menyempurnakan sedikit syiar Islam kepada rakan-rakan dan masyarakat.

Semalam saya sendiri menghadiri beberapa Sambutan Maulidurasul di kawasan saya iaitu Parlimen Papar antaranya di Kg Berundong Papar. Hari ini juga saya akan menghadiri Sambutan Maulidurasul dan beberapa program lain.InsyaAllah.

Apabila saya mengikuti tazkirah dan ceramah yang disampaikan dalam Sambutan Maulidrasul semalam, saya sekadar ingin berkongsi dan mengingatkan sesama kita seperkara yang paling penting semasa kita menyambut Maulidurasul bukanlah melihat kepada kemeriahan dan ramainya yang hadir dalam sambutan tersebut tetapi penghayatan kita terhadap sirah perjuangan Baginda dan kehendak kita untuk mencontohi sifat-sifat mulia Baginda. Itu adalah yang palin penting. Selain itu juga, ingatan kita terhadap Baginda bukanlah semata-mata semasa hari kelahiran Baginda sahaja tetapi adalah setiap hari.

Semoga kita semua dapat mencontohi sifat-sifat baik Baginda.Semoga kita menjadi umat Baginda yang mengamalkan ajarannya. InsyaAllah.

Salam Maulidurasul, Wasatiyah Tunggak Kesatuan Ummah

Rosnah ARS

Monday 21 January 2013

21 Januari


Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

          Beberapa hari saya tidak mencoret apa-apa di ruang ini, agak sibuk dengan program di kawasan . Pagi tadi saya merasmikan Makmal Bahasa SMK Kinarut Papar kemudian menyampaikan bantuan RM 100 kepada pelajar sekolah.Alhamdulilah program itu berjalan dengan baik. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru SMK Kinarut dan PIBG. Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa yang hadir. Saya berharap bantuan RM 100 yang diberikan dimanfaatkan sebaik mungkin. Bantuan RM 100 yang diberikan oleh kerajaan ini adalah untuk meringankan beban ibu bapa yang menanggung anak-anak bersekolah tidak kira di peringkat rendah mahupun menengah. Bantuan ini juga diberi tanpa mengira bangsa,agama ataupun apa pun fahaman politik ibu bapa. Hal ini kerajaan Barisan Nasional sentiasa mendahulukan rakyat dan menepati janji.

Semoga hari esok kita mendapat berkat dan dipermudahkan segala urusan.

Rosnah ARS