Friday, 1 March 2013

Jangan politikkan Lahad Datu. Doakan!

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Agak lama saya tidak menulis di sini. 

Saya sebenarnya terpanggil untuk menulis sesuatu tentang Lahad Datu.


Kita semua tahu bahawa Lahad Datu sedang bergelora. Anggota keselamatan kita sedang mempertaruh nyawa untuk Negara dan penduduk di sana sedang takut dan hiba.

Saya cukup hairan dan cukup pelik apabila ada golongan 'manusia-manusia' di Negara kita ini tidak habis-habis menjaja fitnah. Kononnya ini mainan politik. Kemudian menuding jari di sana sini. Kata mereka ini hanya lakonan. Golongan ini benar-benar tidak rasional.


Negara kita diceroboh. Keselamatan negara diancam. Ini bukan masa kita menjaja kempen politik. Saya bercakap bukan atas sebab jawatan yang sedang saya sandang tetapi atas dasar seorang rakyat Malaysia yang bersyukur dengan nikmat keamanan. 

Saya cuma mahu pesan kepada 'manusia-manusia' itu, jangan menabur benci dan maki. Doakan pasukan keselamatan kita. Doakan penduduk di sana. Itu adalah yang paling bermakna untuk cinta kepada Negara.


Semoga Lahad Datu kembali aman. 

Rosnah ARS.