Friday, 14 September 2012

Kecam Filem Innocence Of Muslims



Saya melihat penerbitan Filem Innocence Of Muslims arahan Sam Bacile yang merupakan seorang yahudi Israel warga Amerika merupakan penghinaan terhadap Islam. Hal ini kerana filem tersebut menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang homoseksual,menyokong seks luar nikah dan pedofilia di dalam filem itu. Oleh itu saya dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengecam keras penerbitan dan penyebaran filem tersebut kerana ia memberi pandangan negatif terhadap agama Islam. Saya berharap pihak berkuasa Amerika Syarikat mengambil tindakan terhadap bukan sahaja Sam Bacile yang menerbitkan file mini tetapi Terry Jones, seorang paderi Amerika yang menyiarkan video klip mempromosikan filem ini.

          Filem ini sebenarnya membawa maksud bukan sahaja penghinaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad (SAW) tetapi juga merupakan penghinaan kepada 1.5 billion umat Islam di seluruh dunia. Saya melihat perbuatan ini  merupakan tindakan menyinggung perasaan dan mencetuskan permusuhan di seluruh dunia serta konfrontasi umat Islam dengan Amerika dan memusnahkan kemakmuran bersama secara aman antara manusia.

          Saya juga amat yakin dan percaya tindakan mereka ini telah mengundang kemarahan dan kebimbangan bukan sahaja umat Islam tetapi juga untuk semua masyarakat yang cintakan keamanan menyokong falsafah kemakmuran beragama secara aman.

          Saya dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mendesak kerajaan Amerika Syarikat untuk menghentikan penayangan filem ini dan klip video yang disebarkan secara serta merta dan memohon maaf kepada umat Islam seluruh dunia terhadap pengeluaran filem tersebut.

Rosnah ARS

.

Wednesday, 12 September 2012

Perjuangan Perlu Ikhlas, Setia Demi Kelangsungan Perjuangan Generasi Masa Depan



SELAYANG, 8 Sept -- Ahli-Ahli UMNO khususnya ahli Puteri di segenap lapisan harus menjiwai semangat seorang pejuang, faham malah menjiwai setiap garis perjuangan yang telah dan akan dilalui, demikian ingatan Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin .

Jelas beliau UMNO sebagai sebuah pertubuhan berjuang untuk bangsa Melayu, berjuang untuk kelangsungan hidup anak cucunya di bumi dan tanah tumpah darah sendiri.

"Dalam perjuangan ini, menang atau kalah, bukan pada tangan kita. Bukan dalam kawalan kita, bukan dengan dan atas ketentuan kita. Namun, berjuang dengan keikhlasan itu sesuatu yang harus kita pegang bersama.

Lagi http://www.umno-online.my/?p=67604

Isu Suaram,George Soros dan Anwar Ibrahim



          Saya melihat tindakan Suaram sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang cuba mencabar kewibawaan dan mengheret kerajaan sebuah negara yang berdaulat untuk diadili sebuah mahkamah asing dengan mengadu perihal isu urusan pembelian kapal selam Scorpene kepada mahkamah Perancis pada 2010 atas dakwaan kononnya wujud elemen rasuah merupakan tindakan hina yang hanya mahu mencari publisiti murahan.

          Tindakan mereka ini menimbulkan persoalan samada Suaram benar-benar "Working For Human Rights" atau "Berjuang Untuk Hak Asasi Manusia"  seperti yang di dakwa oleh mereka. Apatah lagi status sebenar Suaram bahawa ia bukanlah sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tetapi beroperasi sebagai sebuah syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

          Hal ini bermakna perjuangan Suaram bukan atas dasar sebuah NGO yang telus dan tidak bermotifkan keuntungan tetapi bertindak sebagai sebuah organisasi yang menjadikan isu hak asasi sebagai sumber pendapatan dan periuk nasinya.

          Lebih keji dan hina lagi laporan menunjukkan bantuan kewangan Suaram datangnya dari yayasan dan pertubuhan antarabangsa yang cukup kaya serta mempunyai kaitan rapat dengan gerakan Zionis-Yahudi seperti Open Society Foundations milik George Soros dan Tides Foundation. Kita amat maklum bahawa kedua-dua pertubuhan adalah pendokong kuat gerakan liberalisme serta agenda golongan homoseksual. Laporan ini sebenarnya memperlihatkan siapa sebenarnya mereka dan apakah motif sebenar perjuangan mereka.

          Mereka juga kononnya menegaskan bahawa mereka tidak terikat dengan mana-mana parti politik sedangkan tindakan mereka jelas memperlihatkan mereka membawa corong suara pemimpin Parti Keadilan Rakyat. Malah terdapat ramai pemimpin pembangkang yang pernah menyertai Suaram ini memperlihatkan siapa sebenarnya di belakang Suaram. Keadaan ini memperlihatkan parti pembangkang pengecut kerana memilih untuk berlindung di belakang Suaram.

          Namun saya amat yakin dan percaya strategi berlindung di belakang NGO dengan dibantu oleh media antarabangsa yang menjadi balacinya, tidak mudah memperbodohkan rakyat Malaysia.

Rosnah ARS