Friday, 6 July 2012

14 hari menjelang Ramadhan

Assalammualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia

Hari ini 16 Syaaban, bermakna 14 hari lagi kita akan bertemu Ramadhan. InsyaAllah. 

Dalam tempoh 14 hari  menjelang Ramadhan ini saya agak sibuk dengan urusan tanggungjawab dan amanah. Hari ini merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu, esok akan menghadiri Konvesyen Pemikir Muda yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, petangnya merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bandar Tun Razak dan malamnya menghadiri Majlis Makan Malam Konvesyen Pemikir Muda bersama YABhgia Datin Paduka Sri Rosmah.

Semoga kita semua akan menjalani hari dengan baik, diberkati di bulan Syaaban dan dipanjangkan umur bertemu Ramadhan. 

Rosnah ARS.

Sunday, 1 July 2012

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Hari ini 1 Julai 2012, bagi kepimpinan di peringkat UMNO Bahagian ini merupakan hari pertama untuk mengadakan mesyuarat perwakilan. Saya ucapkan selamat bersidang untuk Pergerakan 3 Sayap dan UMNO Bahagian seluruh Malaysia. Semoga mesyuarat perwakilan anda semua berjalan dengan baik. InsyaAllah.

Hari ini saya menghadiri Pelancaran BN Pilihan Orang peringkat Negeri Pahang, Alhamdulilah berjalan lancar dan meriah. Terima kasih YAB Menteri Besar Pahang atas kesudian melancarkan BN Pilihan Orang Muda bagi Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Negeri Pahang. 

Tahniah untuk Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO Negeri Pahang atas kejayaan melancarkan BN Pilihan Orang Muda.

Rosnah ARS.