Pages

Thursday 4 April 2013

Selamat Berjuang Jentera Puteri #PRU13



Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

Semalam 03 April 2013, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU-13 dilaksanakan. Hal ini bermakna dalam tempoh 60 hari ini bila-bila masa sahaja SPR akan umumkan tarikh mengundi.

Dalam tempoh 4 tahun pemerintahan YAB Dato’ Seri Najib pelbagai perubahan dan transformasi yang dibuat demi mensejahtera rakyat. Beliau telah berjaya mentransformasikan negara dalam pelbagai sudut termasuk undang-undang, ekonomi dan sosial. Malah semua usaha tersebut jelas menampakkan perubahan dan kesan yang ketara terhadap rakyat dan negara.

Saya amat berharap rakyat dapat memilih dengan teliti tanpa emosi. Pilihlah pemimpin yang berbudi,pekerti tingg,menunai janji. Bukan pemimpin yang hanya pandai menabur janji buruk pekerti.

PRU-13 ini bukan calang-calang juangnya,ia merupakan ibu kepada semua pilihanraya.

Pesan saya untuk adik-adik jentera Puteri seluruh Malaysia di semua peringkat tidak kira PDM/Cawangan,Bahagian dan Negeri selamat berjuang. Jalankan tugas kepada parti sebaik mungkin. Berilah khidmat dan jasa dengan hati ikhlas. Hindari prasangka,hindari iri hati, bekerjalah dengan sepenuh hati. Perjuangan yang ikhlas pasti diberkati Maha Mengasihi.

Rosnah ARS


.