Pages

Friday 13 July 2012

Puteri UMNO positif cadangan hudud


SHAH ALAM – Puteri UMNO memandang positif cadangan pelaksanaan hudud, namun menegaskan ia perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau melihat desakan pembangkang dan sesetengah pemimpin Umno yang mahu melaksanakan hudud dengan matlamat memurnikan akidah umat Islam sebagai langkah yang baik.

“Kita harus bersedia ke arah kesempurnaan pelaksanaan hudud dan berusaha memberi kefahaman jelas terhadap masyarakat majmuk di negara ini kerana ia adalah hukuman yang memiliki banyak cabang.

“Bagaimanapun, teori dan pelaksanaannya perlu diperhalusi. Kita tidak mahu pelaksanaannya tidak sempurna kerana ini soal hukum ALLAH SWT,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Rosnah diminta mengulas mengenai cadangan Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas yang bercadang membawa usul menyokong pelaksanaan hudud di negara ini ke persidangan Umno bahagian itu tidak lama lagi.

Menurutnya, pelaksanaan hukum hudud tidak perlu dipolitikkan dan dipermainkan demi kepentingan peribadi.

“Hukum hudud adalah sebahagian kanun jenayah Islam yang merupakan sebahagian dari syariat ALLAH. Oleh yang demikian hukum ini wajib dijunjung, diamalkan serta dipertahankan setiap Muslim dan Muslimat.

“Umat Islam wajib menyokong tanpa mengira parti dan menjauhi diri dari membuat ulasan negatif atau memukul gendang sumbang yang membayangkan pelbagai keraguan,” katanya.

Rosnah berkata, perkara utama yang perlu ditekankan ialah usaha membina semula keruntuhan akidah.

Sinar Harian - 13 Julai 2012

Wednesday 11 July 2012

Assalammualaikum WBT dan Salam 1Malaysia.

Hari ini 11 Julai 2012, jika semalam saya menyambut hari lahir hari ini pula merupakan Ulangtahun Perkahwinan saya yang ke - 4 bersama suami tercinta.

Alhamdulilah, Allah panjangkan jodoh kami hingga ke hari ini dan semoga ia kekal sampai syurga. InsyaAllah.

Saya amat bersyukur kerana dipinjamkan Allah seorang suami yang sangat memahami kerjaya saya. Dalam sibuk saya dengan urusan khidmat untuk rakyat beliau tetap setia menemani, sentiasa menjadi pendengar yang baik di saat saya memerlukan. Sesungguhnya suami, anak-anak dan keluarga adalah insan yang amat bermakna dalam hidup saya.

Rosnah ARS.

Tuesday 10 July 2012

Assalammualaikum WBT dan Salam 1Malaysia.

Hari ini 10 Julai 2012. Hari lahir saya yang ke 40 tahun. Alhamdulilah, saya masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus bernafas di bumiNya. Syukur Alhamdulilah saya masih diberi peluang untuk menikmati hidup aman tenteram di bumi Malaysia ini. Tidak ada yang lebih bermakna dalam hidup ini selain daripada selalu diberi kesihatan yang baik, diberi tenang hati dan bahgia di samping insan yang kita sayangi.

Ucapan hari lahir di laman sosial facebook dan twitter dari kalian yang mengingati, saya ucapkan jutaan terima kasih. Terlalu banyak dan tidak terbalas. Terima kasih untuk ingatan dari kalian semua.

Rosnah ARS