Wednesday, 20 March 2013

Hindari Hasad Dengki


Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulilah hari ini saya mempunyai sedikit kelapangan untuk menulis sesuatu di sini. Siang tadi menghadiri beberapa program di kawasan,bertemu dengan masyarakat setempat.

Saya sebenarnya merasa terpanggil untuk menulis mengenai sikap dan perjuangan kita kepada parti. Sekarang sedang dalam mood perang pilihanraya, maka ada sesetengah dari ‘kita’ mulalah mencanang pelbagai cerita dan adu domba untuk menjatuhkan orang di sini sana. Malah ada yang mencuba mencipta persepsi sendiri mengenai situasi pengundi di sesetengah tempat demi memburukan pemimpin di kawasan tersebut kerana hasad dengki dalam jiwa. Hatta sebenarnya ‘mereka’ sendiri tidak pernah tahu situasi tersebut.

Lebih sedih lagi ‘mereka’ itu sebenarnya entah apa jasa kepada Negara dan Bangsa, apatah lagi jasa kepada parti,hanya tahu mengutip imbalan budi. Lebih buruk lagi ‘mereka’ ini penuh dengan sifat keji tiada perkerti.

Saya berharap golongan seperti ‘mereka’ ini tidak wujud dalam kalangan ahli Puteri, atau jika mungkin ada semoga dibukakan pintu hati bertaubat pada Ilahi kerana manusia memang tidak sempurna. Terlalu hina golongan ‘mereka’ ini jika mengaku berjasa kepada parti.

Saya menulis ini bukan kerana saya emosi, tetapi sekadar beringat sesama kita sendiri ahli parti.

Besi berkarat kerana hujan, Hati berkarat kerana dengki

Semoga Maha Pengasih memberkati erti perjuangan kita kepada parti,dihindar dari segala hasad dengki.

Rosnah ARS

Monday, 18 March 2013

Terima Kasih Tun M

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

Beberapa yang lalu iaitu 16 Mac 2013 Tun M telah hadir ke Parlimen Papar bagi tujuan bertemu rakyat Papar. Beliau menyampaikan ucaptama mengenai Erti Keamanan yang perlu disyukuri oleh rakyat Sabah. Beliau juga turut melancarkan Kempen Cintai Keamanan Bersatu Pertahankan Kedaulatan Negara. 

Saya bagi pihak rakyat merasa amat terharu dengan kehadiran Tun dan isteri ke Parlimen Papar.Sesungguhnya kehadiran beliau memberi berjuta makna buat rakyat Papar.

Terima kasih Tun M!

Rosnah ARS