Pages

Tuesday 18 September 2012

Ngeh Koo Ham tidak hormat sensitiviti umat Islam


Kenyataan Ngeh Koo Ham dalam laman sosial twitternya yang mempertikaikan tindakan umat Islam membantah dan menentang filem 'Innocence Of Muslims saya sifatkan sebagai biadap. Walaupun ia atas tujuan politik yang mahu mempersendakan seruan YB Khairy, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tetapi kenyataan tersebut membuktikan beliau langsung tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Malah dengan beraninya beliau menyatakan bahawa umat Islam membuang masa kerana memprotes tayangan video dan filem tersebut.

          Di saat umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia merasa marah dengan penghinaan dalam filem tersebut, terlalu malang untuk seorang pemimpin di Malaysia yang mengaku memperjuangkan nasib rakyat berbilang bangsa dan agama membuat kenyataan sebegitu rupa.

          Kenyataan beliau ini memperlihatkan betapa sebenarnya pemimpin DAP tidak pernah menghormati agama Islam, selepas Karpal yang menolak hukum hudud kini Ngeh Koo Ham pula tampil menghina Islam dengan kenyataan sebegitu. Perkara yang lebih malang lagi PAS tidak memberi respon apa-apa terhadap kenyataan beliau ini. Parti PAS yang mengaku berjuang atas nama Islam ini seolah-olah ‘redha’ dengan kenyataan pemimpin DAP.

          Saya amat berharap rakyat dapat melihat ketelusan pemimpin parti pembangkang ini,agama Islam akan dipersenda jika mereka memegang tampok kuasa.

Rosnah ARS.

BANTAHAN FILEM ANTI ISLAM


   
          Pergerakan Puteri UMNO Malaysia akan turut serta membantah filem anti Islam iaitu Innocent Of Muslims bagi menzahirkan rasa kesal terhadap penghinaan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan agama Islam bersama-sama dengan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

          Pergerakan Puteri UMNO Malaysia melihat tindakan membantah ini mampu mendesak pihak kerajaan Amerika Syarikat agar menyekat penayangan video dan filem tersebut kerana ia amatlah bertentangan dengan prinsip demokrasi kerana menghina agama lain.

          Pergerakan Puteri UMNO Malaysia melihat ini dari sudut positif dan ia akan dijalankan dalam suasana aman dan terkawal. Bantahan ini bukanlah bersifat sembrono tanpa arah tujuan atau mengikut emosi tetapi ia adalah demi maruah agama Islam yang di hina oleh pembuat filem tersebut. Mereka perlu bertanggungjawab terhadap apa yang telah mereka lakukan, mereka perlu memohon maaf kepada umat Islam seluruh dunia. Alasan kebebesan bersuara yang diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat adalah tidak relevan kerana ia melibatkan penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia.

          Oleh itu, Pergerakan Puteri UMMO Malaysia menyeru umat Islam di negara ini dan seluruh dunia agar bangkit, bersatu dan menyuarakan bantahan kita. Kalau kita diam, saya yakin mereka akan meneruskan lagi provokasi seperti ini, mereka akan melakukan pelbagai bentuk penghinaan terhadap agama kita.

YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN
KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Sunday 16 September 2012

Selamat Hari Malaysia - 49 tahun


Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia
          16 September 1963, Malaysia terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Persekutuan Tanah Melayu bersetuju mendirikan negara yang berdaulat. Pembentukan Malaysia memperkukuhkan cita-cita bersama untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagah, makmur, sejahtera dan dihormati dunia.

          Pembentukan Malaysia menjanjikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia berasaskan prinsip perlembagaan bagi menjamin pengagihan kuasa dan ekonomi yang saksama, adil serta membebaskan rakyat dari penjajahan minda dan jiwa demi mengangkat harga diri rakyat Malaysia.

          Hari ini setelah 49 tahun, kita patut merasa bangga kerana kita adalah kelompok manusia yang sangat bertuah dan unik, kerana berada dalam negara Malaysia yang mengandungi kepelbagaian etnik, yang berasal dari berbagai bangsa ditambah pula dengan kemeriahan etnik yang wujud di Sabah dan Sarawak sejak sekian lama. Kerencaman ini sekiranya diolah dengan baik akan menjadikan negara kita ini sebagai satu kuasa yang hebat, sebaliknya sebarang kesilapan akan membawa padah yang besar. Namun selama 49 tahun di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional kita hidup dalam aman damai dan saksama.

          Bersyukur atas nikmat keamanan dan kedamaian yang kita kecapi dalam kehidupan masyarakat majmuk.

SELAMAT HARI MALAYSIA UNTUK SEMUA!
Rosnah ARS