Monday, 25 June 2012

3 Nilai Buruk Pembangkang



            Kenyataan YAB Perdana Menteri semasa ucapan beliau di Kuala Langat yang mendedahkan 3 nilai buruk pembangkang iaitu tidak perlu menunaikan janji, tidak perlu membayar hutang dan tidak perlu menghargai budi sememangnya benar.
       Hal ini kerana 3 nilai yang dicanang oleh pembangkang ini merupakan amat bertentangan dengan ajaran agama Islam. Misalnya nilai pertama iaitu tidak perlu menunaikan janji, kita amat mengetahui bahawa golongan yang tidak menunaikan janji adalah termasuk dalam golongan orang munafik. Apabila pihak pembangkang menyatakan bahawa janji itu tidak perlu ditunaikan maka sebenarnya mereka menyeru orang untuk tergolong dalam golongan orang munafik. Nilai buruk kedua pula ialah tidak perlu membayar hutang. Saya kira ini adalah terlalu hina, kita mengetahui bahawa orang yang sudah meninggal sekalipun hutangnya perlu diselesaikan oleh keluarganya. Hal ini golongan yang sengaja tidak mahu membayar hutang ini akan terseksa hingga nyawa di ambil Tuhan. Seterusnya pihak pembangkang mengajar rakyat agar tidak perlu mengenang budi. Hal ini saya kira adalah sangat buruk, kerana kita tahu mana-mana agama sekali pun mengajar agar sekecil-kecil budi itu perlu dikenang. Maka apatah lagi budi kerajaan yang memerintah Negara dengan aman damai, menyalurkan pelbagai program dan bantuan kepada masyarakat.
           Jika diteliti semua sifat buruk tersebut bertentangan dengan nilai-nilai murni dan ajaran agama Islam yang suci. Inilah sebenarnya kerja-kerja pemimpin pembangkang, mereka sanggup mengetepikan ajaran Islam semata-mata kerana mahu menghasut rakyat supaya membenci kerajaan yang sudah terlalu banyak berjasa kepada rakyat.
           Saya menyeru agar rakyat tidak terikut-ikut dan terpengaruh dengan 3 nilai buruk pembangkang ini kerana bukan agama Islam sahaja yang menyeru penganutnya mengamalkan nilai-nilai murni tetapi juga semua agama menyeru penganutnya mengamalkan nilai-nilai baik.
        Pemimpin pembangkang terlalu terdesak kerana tidak ada lagi modal mahu memfitnah kerajaan sehingga menghasut rakyat mengamalkan nilai-nilai buruk sebegini.
Rosnah ARS

  

No comments:

Post a Comment