Pages

Friday 6 July 2012

14 hari menjelang Ramadhan

Assalammualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia

Hari ini 16 Syaaban, bermakna 14 hari lagi kita akan bertemu Ramadhan. InsyaAllah. 

Dalam tempoh 14 hari  menjelang Ramadhan ini saya agak sibuk dengan urusan tanggungjawab dan amanah. Hari ini merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu, esok akan menghadiri Konvesyen Pemikir Muda yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, petangnya merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bandar Tun Razak dan malamnya menghadiri Majlis Makan Malam Konvesyen Pemikir Muda bersama YABhgia Datin Paduka Sri Rosmah.

Semoga kita semua akan menjalani hari dengan baik, diberkati di bulan Syaaban dan dipanjangkan umur bertemu Ramadhan. 

Rosnah ARS.

No comments:

Post a Comment