Assalaamualaikum
w.b.t
Salam
Maal Hijrah
Kedatangan
Awal Muharram pada tahun ini sekali lagi mengingatkan kita tentang peristiwa
besar yang berlaku kepada Rasulullah S.A.W, sejarah Islam bahkan sejarah
kemanusiaan seluruhnya. Peristiwa tersebut adalah peristiwa perpindahan atau
Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para Sahabat dari golongan
Muhajirin dari kampung halaman asal mereka di Mekah, ke bandar 450 km di utara
iaitu Madinah.
Besar
dan pentingnya peristiwa ini ditunjukkan dengan penurunan ayat di dalam
Al-Quran mengenainya, disebut dalam Al-Hadis, dipilih oleh Khalifah Umar
Al-Khattab R.A. sebagai tahun permulaan kalender Islam dari zamannya sehingga
kehari ini.
Maal
Hijrah ini juga amat bermakna kerana setiap tahun pada tarikh inilah kita
seharusnya akan menilai segala perkara yang telah dilakukan serta merancang
untuk satu perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang perlu dilakukan
pada masa akan datang.
Bermulanya
Maal Hijrah bermakna juga bermulanya tahun baru dalam Islam dan marila kita
sama-sama tanamkan satu azam dan semangat yang jitu untuk mencipta pelbagai
lagi kejayaan dimasa-masa akan datang.
Maal
Hijrah adalah perlambangan tentang perlunya kita berhijrah dari satu keadaan
kepada satu keadaan yg lain dalam usaha kita untuk memantapkan pencapaian diri
masing-masing. Dalam segenap aspek kehidupan baik aspek pembelajaran, aspek
rumahtangga, kerjaya dan apa saja yg kita lalui. Berhijrah kepada sesuatu yang
baik ini amalah dituntut. Oleh itu jadikanlah awal muharam ini adalah titik
tolak kepada perubahan kekal diri kita dari sesuatu yg kurang elok kepada yg
lebih elok. InsyaAllah niat yg baik bakal direstui dengan redha Allah pastinya.
Saya
mendoakan agar kita semua sama-sama dapat tingkatkan potensi diri, pencapaian
dan kejayaan dengan sentiasa bermuhasabah segala kekurangan diri dan berusaha
menjadi yang lebih baik.
Salam
Maal Hijrah 1434.
Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah
Rosnah ARS
.
No comments:
Post a Comment