Assalammualaikum dan
Salam 1Malaysia
Alhamdulilah kerana
kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah. Semalam kita telah
menjalani hari yang cukup bersejarah,hari yang amat bermakna kepada kehidupan
kita sebagai umat Muhammad s.a.w, iaitu hari kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w.
pada 12 Rabiul Awal. Ia menjadi sungguh bermakna kerana pada 51 tahun sebelum
Hijrah, lahirlah seorang insan teramat istimewa yang kemudiannya diangkat
menjadi Rasul iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk membawa cahaya rahmat dan menunjukkan
siratulmustaqim kepada kita semua, lantas terpadamnya api mahligai Kisra dan
kering kontang air Tasik Sava.
Saya yakin dan pasti
di seluruh Malaysia,di kebanyakkan masjid mengadakan Sambutan Maulidurasul. Sebagai
sebuah negara Islam, Kerajaan menjadikan tarikh ini cuti umum. Sambutan ini
lazimnya bermula selepas waktu syuruk dengan perhimpunan dan perarakan
beramai-ramai sambil melaungkan selawat dan salam ke atas Baginda. Perarakan
berakhir dengan berhimpun di masjid-masjid bagi mendengar tazkirah dan ceramah.
Majlis habis pertengahan pagi dan kita semua pulang dengan penuh keinsafan dan
kebanggaan sebagai seorang Muslim yang tawadhu. Alhamdulillahi rabbil alamin,
kita telah berjaya menyempurnakan sedikit syiar Islam kepada rakan-rakan dan
masyarakat.
Semalam saya sendiri
menghadiri beberapa Sambutan Maulidurasul di kawasan saya iaitu Parlimen Papar
antaranya di Kg Berundong Papar. Hari ini juga saya akan menghadiri Sambutan
Maulidurasul dan beberapa program lain.InsyaAllah.
Apabila saya
mengikuti tazkirah dan ceramah yang disampaikan dalam Sambutan Maulidrasul
semalam, saya sekadar ingin berkongsi dan mengingatkan sesama kita seperkara
yang paling penting semasa kita menyambut Maulidurasul bukanlah melihat kepada
kemeriahan dan ramainya yang hadir dalam sambutan tersebut tetapi penghayatan
kita terhadap sirah perjuangan Baginda dan kehendak kita untuk mencontohi
sifat-sifat mulia Baginda. Itu adalah yang palin penting. Selain itu juga,
ingatan kita terhadap Baginda bukanlah semata-mata semasa hari kelahiran
Baginda sahaja tetapi adalah setiap hari.
Semoga kita semua
dapat mencontohi sifat-sifat baik Baginda.Semoga kita menjadi umat Baginda yang
mengamalkan ajarannya. InsyaAllah.
Salam Maulidurasul, Wasatiyah
Tunggak Kesatuan Ummah
Rosnah ARS
No comments:
Post a Comment