Pages

Wednesday 25 July 2012


Assalammualaikum wbt dan Salam 1Malaysia

        Saya terpanggil untuk mengulas kenyataan Nasrudin Hasan yang menyatakan bahawa Karpal Sing bersetuju untuk menimbang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia. Saya melihat Nasrudin Hasan benar- benar terdesak memutar belitkan fakta bahawa Karpal Sing akan menerima pelaksanaan hukum hudud di Malaysia. Kita semua, tidak kira UMNO atau Pembangkang cukup tahu bahawa Karpal Sing tidak pernah bersetuju pelaksanaan hukum hudud di Malaysia. Malah sehingga Nasrudin Hasan mengeluarkan kenyataan ini semasa debat bersama Fathul Bahri, Karpal Sing tetap menafikannya. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur. Kenyataan Nasrudin bahawa PAS merupakan parti dominan di dalam Pakatan Rakyat juga sebenarnya adalah pemesongan fakta. PAS sudah menyedari bahawa sokongan terhadap mereka semakin berkurangan sehingga memaksa mereka menipu rakyat untuk meraih undi.

          Melihat kepada situasi ini, saya berharap rakyat dapat melihat betapa pembangkang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu rakyat demi meraih undi. Selain itu juga keadaan ini membuktikan bahawa di dalam Pakatan Rakyat sendiri mempunyai percanggahan sesama pemimpin. Kita juga dapat melihat PAS semakin hilang dari matlamat sebenar perjuangan mereka.

Rosnah ARS.

        

No comments:

Post a Comment