Pages

Thursday 26 July 2012


Assalammualaikum WBT dan Salam 1Malaysia


Pendedahan yang dibuat oleh bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkenaan niat Anwar Ibrahim untuk membeli Ahli-Ahli Parlimen BN membuatkan saya terasa mahu mengulas kerenah Ketua Pembangkang ini. Saya melihat niat Ketua Pembangkang yang mahu membeli wakil rakyat BN merupakan tindakan seorang pengecut. Keadaan ini membuktikan sememangnya pihak pembangkang sudah mengetahui mereka tidak mampu untuk menang dalam pilihanraya akan datang ini sehingga mendesak beliau untuk melakukan tindakan kotor sedemikian rupa. Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi hasratnya menjadi Perdana Menteri termasuk teknik terkutuk ini.

          Selain itu, sebagai salah seorang Ahli Parlimen di Sabah saya merasakan beliau memandang rendah terhadap prinsip perjuangan kami. Saya merasakan ini satu bentuk penghinaan kepada rakyat Sabah kerana beliau menganggap perjuangan kami ini boleh dijual beli dengan wang ringgit. Beliau memandang kami ini sebagai mata duitan iaitu segalanya boleh di nilai dengan wang ringgit. Penghinaan seperti ini tidak boleh diterima.

          Pemimpin seperti ini tidak wajar disokong malah tidak layak untuk menjadi pemimpin. Jika belum memerintah beliau sudah merancang memperdagangkan perjuangan apatah lagi nanti jika sudah memerintah pasti beliau akan lebih berani berjual beli maruah Negara demi kepentingan beliau.

Rosnah ARS

No comments:

Post a Comment