Pages

Tuesday 31 July 2012

Kajian oleh Merdeka Centre


Assalammualaikum WBT dan Salam 1Malaysia

Baru - baru ini kita dihidangkan dengan kajian yang dilakukan oleh Merdeka Centre menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap YAB Perdana Menteri semakin meningkat sebanyak 37 peratus pada bulan Mei dan 42 peratus pada bulan Jun tetapi bukan sokongan terhadap Barisan Nasional yang peratusannya dibawah 40 peratus. Kajian ini seolah - olah digembar gemburkan sebagai betapa rakyat Malaysia berbangsa Cina tidak memberi sokongan terhadap Barisan Nasional. Namun begitu, saya melihat situasi ini sebagai fenomena bahawa rakyat sudah matang. Mereka ada persepsi sendiri. Mereka nilai kedua-duanya. Mereka nilai pemimpin dan mereka menilai parti. Kerana demokrasi yang terpimpin dibina dari pemimpin yang bijak, parti yang kukuh dan rakyat yang matang.

Kajian dari MERDEKA CENTRE adalah satu persepsi masyarakat. Saya tidak kata salah tapi persepsi dan kepercayaan itu berbeza. Apa yang lahir dari persepsi masyarakat kadang-kadang lahir dari persekitaran politik dan permainannya. Malangnya hari ini persepsi dibina dari budaya politik yang suka membunuh karakter orang lain tanpa ada asas dan bukti. Mereka mungkin berjaya membunuh karakter BN, tetapi pembangkang tidak mampu membunuh karektor Datuk Sri Najib yang kuat dan kukuh serta dekat dengan rakyat.

BN akan terus bekerja dan menyumbang kepada rakyat. Itu tanggungjawab kita. Kita bukan pembangkang yang hanya suka membina persepsi rakyat. Kita boleh memperbetulkan persepsi rakyat selepas difitnah oleh pembangkang, tetapi BN tahu itu semua buat kita hilang fokus pada tanggungjawab membela dan menepati janji kepada rakyat. Hal ini kerana pada akhirnya, kita percaya persepsi tidak akan kemana-mana dan ia mudah untuk berubah. 

BN berkerja bukan untuk bina persepsi tetapi untuk membina rasa percaya rakyat. Pada akhirnya rakyat akan bijak menilai siapa yang betul-betul boleh dipercayai atau siapa yang sekadar bekerja untuk memenangi undi popular. Dan rakyat mempunyai keyakinan yang kuat kepada kepimpinan najib sebab itu undi beliau meningkat. Dan mereka percaya pada dasar dan pendekatan Najib dan dengan sendirinya mereka akan membina kepercayaan kepada BN.

Selaku pemimpin di dalam sebuah sayap di dalam UMNO, Pergerakan Puteri UMNO akan terus bekerja untuk menepati janji kita kepada rakyat atas apa juga persepsi orang kerana pada akhirnya rakyat yang akan dapat merasa dan menilai.


Rosnah ARS

No comments:

Post a Comment