Monday, 6 August 2012

Menghayati Nuzul Al-Quran



Assalammualaikum WBT dan Salam 1Malaysia.


Hari ini tanggal 17 Ramadhan 1433 adalah satu tarikh penting yang perlu diingati dan dihayati oleh seluruh umat Islam iaitu sempena peristiwa nuzul al-Quran. Saya sekadar mahu berkongsi mengenai peristiwa ini berdasarkan pembacaan saya.

Peristiwa Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung Muslim kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah atau zaman kegelapan telah disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam. Al-Quran mengandungi lebih 6,000 ayat adalah himpunan wahyu dan kitab panduan terakhir daripada Allah, diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Rasul-Nya, Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.

Waktu penurunan al-Quran adalah mengikut perancangan dan ketentuan Ilahi. Sesuai dengan kitab itu yang sungguh mulia, Allah juga memilih penghulu segala bulan yang terkenal dengan bulan keampunan, rahmat dan keberkatan iaitu Ramadan untuk menurunkannya.

Oleh itu, pesanan untuk diri saya sendiri dan kita semua, agar kita dapat menghayati peristiwa Nuzul Al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai kitab induk panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.

Semoga kita semua mendapat berkat Maha Pengasih.InsyaAllah.

Rosnah ARS.

No comments:

Post a Comment