Pages

Wednesday 15 August 2012

Aidil Fitri 1433 Hijrah


Alhamdullilah, segala puji bagi Allah S.W.T  yang mengurniakan begitu banyak nikmat kepada kita semua  di  Malaysia. Syukur kita kehadrat Allah yang amat menyantuni kehidupan kita dengan rahmat dan kasih sayangnya yang tiada bernoktah. Perginya Ramadhan bukanlah bermakna berakhir sudah bulan untuk kita terus mendampingi Allah. Malah kehadiran Syawal adalah tanda-tanda betapa hampirnya kita kepada jalan menemui Allah.

          Sepanjang  sebulan Ramadhan  kita  dapat  menunaikan ibadat puasa dengan  cukup  sempurna.  Tidak   ada apa-apa  gangguan  terhadap  umat Islam di Malaysia  berpuasa,  bersembahyang  dan  berterawih.  Semua yang wajib dan sunat dapat kita tunaikan dengan suasana aman dan damai. Kita merasa amat bersyukur atas segala nikmat keamanan yang kita kecapi ini. Semoga Ramadhan tahun ini menjadikan kita lebih baik dan terus menjadi hamba yang taat pada perintah  agamanya. Hal ini kerana beribadah itu bukanlah hanya pada bulan ramadhan tetapi harus dilakukan setiap hari dalam hidup kita agar kita mampu menjadi mukmin sejati.InsyaAllah.

          Beberapa hari lagi  kita akan merayakan hari besar umat  Islam, Hari  Raya  Aidilfitri.   Kita  akan  rayakannya  dalam keadaan  aman sentosa. Tahun ini juga, dalam kita menikmati Ramadhan dan Syawal kita turut sama meraikan bulan kemerdekaan. Oleh itu, suka saya mengingatkan sesama kita agar tidak lupa mengibarkan jalur gemilang tanda semangat patriotik kita menghargai nikmat keamanan atas perih 55 tahun janji ditepati oleh parti keramat UMNO dan Barisan Nasional yang kita sanjungi. Keselesaan yang kita nikmati hari ini adalah atas usaha gigih pemimpin terdahulu dan diteruskan oleh pemimpin hari ini yang sentiasa menepati dan mengotakan janji mereka terhadap rakyat.

          Oleh itu, sempena Ramadhan yang bakal melabuh tirainya dan digantikan dengan Syawal yang mulia, saya dan keluarga bersama barisan kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, warga Kementerian Kesihatan Malaysia serta Pejabat Parlimen P175 Papar menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala khilaf zahir batin. Semoga Aidilfitri ini mengeratkan ukhuwah sesama kita, menyatukan hati kita semua.InsyaAllah.

Salam Aidil Fitri dan Salam Kemerdekaan untuk anda semua.

Rosnah Abdul Rashid Shirlin

No comments:

Post a Comment