Pages

Saturday, 15 December 2012

15 Disember 2012


Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulilah hari ini kita masih diberi kesempatan untuk terus menjalankan amanah di bumi ini. Agak lama saya tidak mencatat apa-apa di ruangan ini.Sedikit sibuk dengan jadual harian di Kuala Lumpur dan di Sabah.

Hari ini saya merasmikan Program ‘Back To School’ peringkat Parlimen Papar di Dewan Masyarakat Baru Papar. Program ini merupakan sebuah program menyampaikan bantuan kepada murid-murid dari keluarga yang kurang berkemampuan. Kita sedia maklum tidak semua ibu bapa mampu memberi yang sempurna untuk anak-anak mereka, maka bantuan ini diberi supaya anak-anak yang hadir dari keluarga kurang berkemampuan dapat menjalani pembelajaran mereka dengan sempurna.

Kemudian saya menghadiri program bersama pemimpin akar umbi.Program ini merupakan sebuah program bertemu dengan pemimpin di peringkat bawah untuk mencetus semangat dan iltizam bagi berusaha dengan lebih gigih,meningkatkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pemimpin dan rakyat bagi menjayakan gagasan 1Malaysia demi kesejahteraan masyarakat.

Selepas itu saya meluangkan masa untuk beramah mesra bersama masyarakat di kediaman Ketua Kampung Bundusan Papar. Semasa sesi beramah mesra saya dapat mendengar secara langsung isi hati masyarakat mengenai masalah mereka.

Selesai sesi beramah mesra, saya menghadiri dan merasmikan Rumah Terbuka Sempena Hari Natal dan Program Jelajah Janji Ditepati, Rakyat Mampu Milik dan Rasa. Sambutan Rumah Terbuka sempena Hari Natal atau Krismas 2012 yang diadakan pada petang tadi menterjemahkan semangat 1Malaysia yang menjadi budaya di Negeri Sabah yang dipancarkan menerusi kekukuhan semangat perpaduan, toleransi beragama dan keharmonian antara kaum.

Pada sebelah malam tadi, saya merasmikan Pertandingan Nasyid peringkat Kampung Beringis Papar di Perkarangan Masjid Ihmym Kg Beringis Papar.
Esok, insyaAllah saya akan menghadiri beberapa program di kawasan. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk menjalani hari esok.

“Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang kitaa cita-citakan pasti tercapai dan apa yang anda usahakan pasti berhasil”

Rosnah ARS

No comments:

Post a Comment