Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia
Semalam, Setiausaha Agung DAP dengan berani membuat kenyataan yang mendesak agar kalimah Allah digunakan dalam kitab bible versi Bahasa Malaysia. Saya melihat tindakan
beliau adalah sangat tidak wajar. Tindakan beliau ini hanyalah mahu mencari
publisiti murahan. Kenyataan beliau ini saya lihat sebagai ofensif dan
provokasi serta mungkin menggugat keamanan yang sedia ada di negara ini jika
gagal dikawal. Apatah lagi kenyataan ini ditimbulkan menjelang Hari Natal.
Saya kira beliau memang sengaja
menimbulkan semula isu ini dalam kalangan orang Kristian agar orang-orang
Melayu yang refleks kepada UMNO membantah dan menyebabkan persepsi masyarakat
Kristian serong kepada Kerajaan dan menambahkan sokongan kepada DAP. Saya kira
ini merupakan taktik murahan untuk meraih undi. Kita sedia maklum, penghakiman
mengenai isu ini pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan
‘Allah’ adalah salah di sisi undang-undang.
Apabila beliau menimbulkan perkara ini
sekarang sama sahaja beliau tidak menghormati undang-undang Negara. Malah
sebenarnya, penganut agama Kristian di Negara kita ini maklum akan perkara ini
dan menghormati keputusan mahkamah serta kemaslahatan agama Islam.
Guan Eng seharusnya membangkitkan isu
melibatkan kepentingan umum dan keadilan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) daripada isu sensitif seperti ini. Tindakan ini hanyalah taktik
beliau untuk menghuru-harakan Negara dan memecah belahkan rakyat Malaysia yang
sememang menghormati agama dan budaya satu sama lain.
Saya berharap tindakan sewajarnya di
amnil ke atas beliau kerana kenyataan beliau ini sememangnya boleh mengancam
keamanan Negara. Saya yakin dan percaya rakyat cukup rasional untuk melihat dan
menilai tindakan buruk beliau ini.
Selamat Hari Natal untuk penganut agama kristian seluruh Malaysia. Saya yakin dan pasti walau kita berlainan bangsa dan agama,kita tetap bersyukur hidup dalam aman dan sejahtera menghormati satu sama lain tanpa mengganggu sensetiviti sesiapa. Supaya keamanan ini kekal dalam kebersamaan kita semua kerana perpaduan adalah milik kita.
Rosnah ARS
No comments:
Post a Comment