Pages

Wednesday, 12 September 2012

Isu Suaram,George Soros dan Anwar Ibrahim



          Saya melihat tindakan Suaram sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang cuba mencabar kewibawaan dan mengheret kerajaan sebuah negara yang berdaulat untuk diadili sebuah mahkamah asing dengan mengadu perihal isu urusan pembelian kapal selam Scorpene kepada mahkamah Perancis pada 2010 atas dakwaan kononnya wujud elemen rasuah merupakan tindakan hina yang hanya mahu mencari publisiti murahan.

          Tindakan mereka ini menimbulkan persoalan samada Suaram benar-benar "Working For Human Rights" atau "Berjuang Untuk Hak Asasi Manusia"  seperti yang di dakwa oleh mereka. Apatah lagi status sebenar Suaram bahawa ia bukanlah sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tetapi beroperasi sebagai sebuah syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

          Hal ini bermakna perjuangan Suaram bukan atas dasar sebuah NGO yang telus dan tidak bermotifkan keuntungan tetapi bertindak sebagai sebuah organisasi yang menjadikan isu hak asasi sebagai sumber pendapatan dan periuk nasinya.

          Lebih keji dan hina lagi laporan menunjukkan bantuan kewangan Suaram datangnya dari yayasan dan pertubuhan antarabangsa yang cukup kaya serta mempunyai kaitan rapat dengan gerakan Zionis-Yahudi seperti Open Society Foundations milik George Soros dan Tides Foundation. Kita amat maklum bahawa kedua-dua pertubuhan adalah pendokong kuat gerakan liberalisme serta agenda golongan homoseksual. Laporan ini sebenarnya memperlihatkan siapa sebenarnya mereka dan apakah motif sebenar perjuangan mereka.

          Mereka juga kononnya menegaskan bahawa mereka tidak terikat dengan mana-mana parti politik sedangkan tindakan mereka jelas memperlihatkan mereka membawa corong suara pemimpin Parti Keadilan Rakyat. Malah terdapat ramai pemimpin pembangkang yang pernah menyertai Suaram ini memperlihatkan siapa sebenarnya di belakang Suaram. Keadaan ini memperlihatkan parti pembangkang pengecut kerana memilih untuk berlindung di belakang Suaram.

          Namun saya amat yakin dan percaya strategi berlindung di belakang NGO dengan dibantu oleh media antarabangsa yang menjadi balacinya, tidak mudah memperbodohkan rakyat Malaysia.

Rosnah ARS

No comments:

Post a Comment