Pages

Friday 14 September 2012

Kecam Filem Innocence Of Muslims



Saya melihat penerbitan Filem Innocence Of Muslims arahan Sam Bacile yang merupakan seorang yahudi Israel warga Amerika merupakan penghinaan terhadap Islam. Hal ini kerana filem tersebut menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang homoseksual,menyokong seks luar nikah dan pedofilia di dalam filem itu. Oleh itu saya dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengecam keras penerbitan dan penyebaran filem tersebut kerana ia memberi pandangan negatif terhadap agama Islam. Saya berharap pihak berkuasa Amerika Syarikat mengambil tindakan terhadap bukan sahaja Sam Bacile yang menerbitkan file mini tetapi Terry Jones, seorang paderi Amerika yang menyiarkan video klip mempromosikan filem ini.

          Filem ini sebenarnya membawa maksud bukan sahaja penghinaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad (SAW) tetapi juga merupakan penghinaan kepada 1.5 billion umat Islam di seluruh dunia. Saya melihat perbuatan ini  merupakan tindakan menyinggung perasaan dan mencetuskan permusuhan di seluruh dunia serta konfrontasi umat Islam dengan Amerika dan memusnahkan kemakmuran bersama secara aman antara manusia.

          Saya juga amat yakin dan percaya tindakan mereka ini telah mengundang kemarahan dan kebimbangan bukan sahaja umat Islam tetapi juga untuk semua masyarakat yang cintakan keamanan menyokong falsafah kemakmuran beragama secara aman.

          Saya dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mendesak kerajaan Amerika Syarikat untuk menghentikan penayangan filem ini dan klip video yang disebarkan secara serta merta dan memohon maaf kepada umat Islam seluruh dunia terhadap pengeluaran filem tersebut.

Rosnah ARS

.

No comments:

Post a Comment