Pages

Wednesday, 9 January 2013

Penceramah PKR


Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

          Beberapa hari yang lalu kawasan saya dilawati oleh pemimpin PKR. Mereka hadir dengan menyatakan bahawa belia di Sabah menolak BN. Kehadiran mereka ke kawasan saya itu tidak saya khuatiri kerana saya yakin dan percaya rakyat Sabah khususnya di Parlimen Papar cukup jernih untuk menilai.

          Namun seperkara yang amat mengecewakan saya adalah cara mereka berkempen. Semasa siri kempen mereka di Kampung Bunsihau Novoung,Papar mereka telah meletakkan seorang pelajar sekolah menengah untuk menyampaikan ceramah.

          Walaupun remaja itu adalah anak kepada pemimpin tertinggi PKR di Sabah, saya kira meletakkan remaja itu sebagai penceramah adalah sangat tidak sesuai. Remaja itu sepatutnya menumpukan perhatian terhadap pelajarannya dan sebagai seorang bapa beliau tidak sepatutnya membenarkan anak yang masih bersekolah terlibat dengan dunia politik. Remaja seperti umur anaknya itu seharusnya melibatkan diri dengan aktiviti keremajaan bersama rakan sebaya bukan aktiviti politik seperti itu. Tidak sepatutnya anak remaja itu didedahkan dengan dunia politik.

          Sangat terdesak dan ketandusan wakil mudakah mereka hingga memanipulasi pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berada di tingkatan empat. Saya kira tindakan ini adalah sangat tidak wajar. Atau mungkin, gembar gembur mereka yang menyatakan mereka mendapat sokongan generasi muda hanyalah igauan mereka. Hakikatnya, BN Pilihan Orang Muda seluruh Malaysia.

          Saya amat berharap rakyat dapat menilai kewajaran tindakan PKR ini. Masakan kita mahu mengorbankan masa depan dan  pelajaran anak kita untuk kempen politik.

Rosnah ARS

No comments:

Post a Comment