Pages

Tuesday, 8 January 2013

Bahana Fitnah


Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

          Hari ini sudah 8 hari kita berada di tahun baru masihi 2013. Saya amat berharap tahun 2013 ini mampu menjadikan kita lebih baik dan lebih positif.

          Namun, malang sungguh apabila sesetengah dari kita  tidak menjadikan tahun baru ini untuk memperbaiki diri kepada yang lebih baik,tidak muhasabah diri. Misalnya, seperkara yang patut kita jauhi ialah sifat memfitnah sesama kita dalam kehidupan. Saya melihat fenomena memfitnah ini seolah-olah menjadi budaya wajib,tidak ada segan silu memfitnah demi kepentingan diri. Saya kira, kita amat maklum, budaya memfitnah atau menuduh secara dusta tanpa bukti dan menyebarkan persepsi serong boleh menimbulkan huru-hara yang akan membawa kepada yang bencana dan bala lebih besar.

          Apa yang lebih membimbangkan anasir durjana ini mula menyerap masuk ke dalam sebilangan organisasi, pertubuhan termasuk juga parti politik, khususnya yang kononnya berwajahkan Islam.

          Kita perlu sedar, gejala memfitnah ini sangat buruk kesanya. Misalnya sejarah telah membuktikan Laksamana Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja yang akhirnya mengakibatkan pertempuran saudara di Melaka. Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasek akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

          Namun hari ini, terlebih lagi menjelang PRU13, hampir setiap hari akan muncul sebuah tuduhan baharu untuk memburuk-burukkan dan menjatuhkan kredibiliti pihak lawan. Walhal benar atau tidak sesuatu berita itu masih belum dapat dipastikan. Demikian juga manipulasi berita dan kejadian untuk mempengaruhi pandangan dan persepsi umum.

          Mungkin, ada yang membaca posting saya kali ini menganggap saya melenting kerana posting sebuah blog yang memfitnah ahli Pergerakan Puteri menjual badan demi projek. Namun, posting ini timbul kerana saya terpanggil untuk menyatakan isi hati dan pendapat saya mengenai fenomena fitnah yang semakin tidak terkawal.

          Saya amat berharap kita semua tidak mengamalkan budaya memfitnah ini demi kepentingan diri. Bayangkan jika yang difitnah itu adalah dalam kalangan ahli keluarga kita, pasti ia sangat memalukan. Maka sikap memfitnah ini harus kita buang jauh-jauh. Semoga kita terhindar dari sifat memfitnah dan difitnah.

Rosnah ARS

1 comment:

  1. 1 Malaysia Tola Fitnah . Sekian lama puteri dilempar fitnah menjual badan. Ia tidak boleh lagi dianggap nyamuk bising di tepi telinga. Saya setuju dengan luahan yb dtk tentang ini. Dan menyokongnya

    ReplyDelete