Alhamdulillah, esok
tanggal 31 Ogos 2012, negara kita akan menyambut kemerdekaan ke-55 tahun. Dalam
masa kita menanti detik-detik ketibaan tarikh tersebut, seharusnya kita
menghayati erti kemerdekaan sebenar dan pengisian kemerdekaan itu sendiri. Pada
tahun ini, “Janji Ditepati” telah dipilih sebagai tema hari kemerdekaan.
Sesungguhnya tema
tersebut memberi pengertian yang besar dan mendalam kepada semua pihak.
Merenung sejenak nikmat keamanan yang kita kecapi hasil dari kemerdekaan
negara, kita seharusnya bersyukur dan menanam tekad untuk mengekalkan keamanan
ini pada masa-masa mendatang.
Dengan nikmat
keamanan ini, negara kita Malaysia telah mengalami pelbagai proses transformasi
yang menunjukkan negara semakin matang dalam menuju ke arah negara maju.
Keadaan ini memberi manfaat yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia yang
terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
Marilah kita
sama-sama mengisi kemerdekaan dengan mengekalkan perpaduan dan keharmonian,
meningkatkan komitmen dan kesungguhan, melaksanakan tugas dengan cemerlang
seterusnya meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja kita. Jadikan hari ini
lebih baik dari semalam.
SELAMAT MENYAMBUT
HARI KEMERDEKAAN, 55 TAHUN JANJI DITEPATI!
KIBARKAN JALUR
GEMILANG.
Rosnah Abdul Rashid
Shirlin
No comments:
Post a Comment