Pages

Monday, 3 September 2012


Dalam pada jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan nikmat keamanan yang kita kecapi selama 55 tahun kemerdekaan ini, ada lagi rakyat Malaysia yang tidak bersyukur. Malah berusaha menghuru-harakan Negara di malam sambutan kemerdekaan Negara kita yang ke – 55 tahun. Mereka melakukan tindakan penghinaan dengan memijak gambar pemimpin no.1 Negara dan mengibarkan bendera ciptaan sendiri dengan niat mahu menukar bendera jika Pakatan Pembangkang memerintah.

Saya melihat tindakan sebegini oleh penyokong himpunan BERSIH yang diadakan pada malam sambutan kemerdekaan tersebut merupakan tindakan yang kurang ajar. Hal ini memperlihatkan betapa rendahnya moral dan pemikiran mereka hingga sanggup melakukan tindakan sedemikian. Perlakuan biadap dan kurang ajar penyokong Pakatan Pembangkang pada malam itu adalah keterlaluan. Tetapi inilah politik yang cuba dibawa Pakatan Pembangkang pada hari ini yang bersifat keji dan membahayakan.

Saya amat berharap tindakan sewajarnya di ambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka ini. Tambahan lagi tindakan mereka yang mahu menukar bendera Malaysia sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah dengan bendera rekaan mereka yang menyerupai bendera Negara jiran. Tindakan tersebut adalah bentuk penghinaan yang sama sekali tidak boleh dimaafkan. Hal ini kerana kita semua mengetahui bahawa bendera merupakan lambang maruah untuk Negara.

Rakyat perlu membuka mata bahawa politik Malaysia pada hari ini sangat kotor disebabkan tangan-tangan pemimpin Pakatan Pembangkang. Sikap mementingkan diri sendiri dan sanggup membenci pemimpin lain adalah politik Pakatan Pembangkang yang cuba mahu menerapkannya kepada rakyat Malaysia. Hal ini benar-benar bahaya dan harus diketepikan demi masa depan anak dan cucu kita. Politik kebencian bukanlah budaya politik Negara kita, dan ia bakal memberi kesan buruk dalam kehidupan masyarakat majmuk Negara kita. 


Rosnah Rashid Shirlin

No comments:

Post a Comment