Saturday, 25 August 2012

Terima kasih wanita ! Hari Wanita 2012


Assalammualaikum,Salam 1Malaysia dan Salam Aidilfitri untuk semua.

Hari ini 25 Ogos 2012 bersamaan 7 Syawal 1433. Dalam kemeriahan Aidilfitri hari ini kita turut menyambut Hari Wanita Kebangsaan. Sambutan Hari Wanita yang diadakan adalah bagi mencerminkan komitmen dan keikhlasan kerajaan mengiktiraf sumbangan penting golongan wanita dalam pembangunan negara.

Golongan wanita ini merupakan golongan penting sebagai aset Negara. Peranan wanita dalam pembangunan Negara memang tidak dinafikan lagi. Di Malaysia, kerajaan mengiktiraf dan amat menghargai peranan wanita. Kerajaan menganggap “isu wanita” bukan sebagai isu gender semata-mata tetapi sebagai isu keadilan sosial.

Hari ini juga di Malaysia golongan wanita sudah mampu bersaing dan seiring dengan golongan lelaki dalam pelbagai bidang. Dalam setiap bidang, pasti ada tokoh wanita yang kita segani. 

Oleh itu, sempena Hari Wanita Kebangsaan tahun ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita. Terima kasih atas jasa kalian!

Rosnah ARS.


No comments:

Post a Comment