Pergerakan Puteri UMNO Malaysia akan
turut serta membantah filem anti Islam iaitu Innocent Of Muslims bagi
menzahirkan rasa kesal terhadap penghinaan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad
SAW dan agama Islam bersama-sama dengan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
melihat tindakan membantah ini mampu mendesak pihak kerajaan Amerika Syarikat
agar menyekat penayangan video dan filem tersebut kerana ia amatlah
bertentangan dengan prinsip demokrasi kerana menghina agama lain.
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia melihat
ini dari sudut positif dan ia akan dijalankan dalam suasana aman dan terkawal. Bantahan
ini bukanlah bersifat sembrono tanpa arah tujuan atau mengikut emosi tetapi ia
adalah demi maruah agama Islam yang di hina oleh pembuat filem tersebut. Mereka
perlu bertanggungjawab terhadap apa yang telah mereka lakukan, mereka perlu
memohon maaf kepada umat Islam seluruh dunia. Alasan kebebesan bersuara yang
diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat adalah tidak relevan kerana ia
melibatkan penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia.
Oleh itu, Pergerakan Puteri UMMO Malaysia menyeru umat Islam di negara
ini dan seluruh dunia agar bangkit, bersatu dan menyuarakan bantahan kita.
Kalau kita diam, saya yakin mereka akan meneruskan lagi provokasi seperti ini,
mereka akan melakukan pelbagai bentuk penghinaan terhadap agama kita.
YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN
KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
No comments:
Post a Comment