Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia
16
September 1963, Malaysia terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bersama
Persekutuan Tanah Melayu bersetuju mendirikan negara yang berdaulat.
Pembentukan Malaysia memperkukuhkan cita-cita bersama untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang gagah, makmur, sejahtera dan dihormati dunia.
Pembentukan
Malaysia menjanjikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan
Malaysia berasaskan prinsip perlembagaan bagi menjamin pengagihan kuasa dan
ekonomi yang saksama, adil serta membebaskan rakyat dari penjajahan minda dan
jiwa demi mengangkat harga diri rakyat Malaysia.
Hari ini setelah 49 tahun, kita patut
merasa bangga kerana kita adalah kelompok manusia yang sangat bertuah dan unik,
kerana berada dalam negara Malaysia yang mengandungi kepelbagaian etnik, yang
berasal dari berbagai bangsa ditambah pula dengan kemeriahan etnik yang wujud
di Sabah dan Sarawak sejak sekian lama. Kerencaman ini sekiranya diolah dengan
baik akan menjadikan negara kita ini sebagai satu kuasa yang hebat, sebaliknya
sebarang kesilapan akan membawa padah yang besar. Namun selama 49 tahun di
bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional kita hidup dalam aman damai dan
saksama.
Bersyukur atas nikmat keamanan dan
kedamaian yang kita kecapi dalam kehidupan masyarakat majmuk.
SELAMAT
HARI MALAYSIA UNTUK SEMUA!
Rosnah
ARS
No comments:
Post a Comment