Pages

Tuesday 18 September 2012

Ngeh Koo Ham tidak hormat sensitiviti umat Islam


Kenyataan Ngeh Koo Ham dalam laman sosial twitternya yang mempertikaikan tindakan umat Islam membantah dan menentang filem 'Innocence Of Muslims saya sifatkan sebagai biadap. Walaupun ia atas tujuan politik yang mahu mempersendakan seruan YB Khairy, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tetapi kenyataan tersebut membuktikan beliau langsung tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Malah dengan beraninya beliau menyatakan bahawa umat Islam membuang masa kerana memprotes tayangan video dan filem tersebut.

          Di saat umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia merasa marah dengan penghinaan dalam filem tersebut, terlalu malang untuk seorang pemimpin di Malaysia yang mengaku memperjuangkan nasib rakyat berbilang bangsa dan agama membuat kenyataan sebegitu rupa.

          Kenyataan beliau ini memperlihatkan betapa sebenarnya pemimpin DAP tidak pernah menghormati agama Islam, selepas Karpal yang menolak hukum hudud kini Ngeh Koo Ham pula tampil menghina Islam dengan kenyataan sebegitu. Perkara yang lebih malang lagi PAS tidak memberi respon apa-apa terhadap kenyataan beliau ini. Parti PAS yang mengaku berjuang atas nama Islam ini seolah-olah ‘redha’ dengan kenyataan pemimpin DAP.

          Saya amat berharap rakyat dapat melihat ketelusan pemimpin parti pembangkang ini,agama Islam akan dipersenda jika mereka memegang tampok kuasa.

Rosnah ARS.

No comments:

Post a Comment