Pages

Saturday, 6 October 2012



Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

Alhamdulilah hari ini saya diberi kesihatan yang baik menghadiri beberapa program di kawasan. Pagi tadi saya merasmikan Majlis Sambutan Hari Warga SMK Benoni Papar anjuran PIBG SMK Benoni Papar.

Kemudian di sebelah petang pula saya menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Osindak -IT 2.0 bagi Daerah Papar. Bengkel ini merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat bagi memastikan semua lapisan rakyat dapat mempelajari ICT dan menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Baru sebentar tadi pula saya dijemput merasmikan Majlis Sambutan Hari Malaysia yang ke-49 peringkat Kg. Benoni bagi tahun 2012 yang bertemakan “Janji Ditepati, Rakyat Sejahtera” anjuran ahli Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO serta warga penduduk Kg Benoni. Program tersebut adalah bertujuan untuk menyemai rasa menghargai tanah air yang telah diwariskan dalam keadaan yang aman dan makmur serta memberi kesejahteraan kepada penduduknya yang terdiri daripada berbilang kaum. InsyaAllah.

InsyaAllah, esok saya akan menyampaikan Komputer Riba 1Malaysia di Dewan Masyarakat Papar. 

Mudah-mudahan esok kita semua diberi kesihatan yang baik.

“Hanya mereka yang cekal hati sahaja dapat membina mercu tanda berjaya”

Rosnah ARS


No comments:

Post a Comment