Assalammualaikum dan
Salam 1Malaysia
Hari ini jadual saya agak padat.
Semalam seharian di Parlimen menjawab beberapa soalan. Hari ini sebelah pagi
saya berada di Parlimen dan kemudian merasmikan program ‘Wear It Pink’ iaitu sebuah program kempen kesedaran
tentang kanser payudara di Hospital Pantai.
Kempen ini merupakan usaha bagi meningkatkan
kesedaran mengenai Kanser Payudara dalam kalangan masyarakat melalui pendidikan
kesihatan, pencegahan, diagnosis peringkat awal dan rawatan yang berkesan. Ia
juga menjadi platform inovatif untuk meneruskan usaha bagi meningkatkan tahap
kesihatan masyarakat. Tahniah saya ucapkan atas usaha pihak penganjur dan
semoga kempen ini berjaya.
Rosnah ARS
No comments:
Post a Comment